Friday, March 30, 2012

Tazkirah Jumaat :)

Petua Untuk Menjadi
Guru Cemerlang

1. Mendidik mestilah dengan aqidah.
• Kenalkan anak-anak kepada Allah sejak anak mereka kecil lagi.
• Tanamkan rasa sayang pada Allah.
• Tanamkan rasa syukur diatas nikmat Allah.
• Tanamkan sifat taqwa kepada Allah. Sering ceritakan kisah-kisah Nabi dan sahabat untuk dijadikan contoh tauladan kepada anak.

2. Mendidik mestilah dengan hati yang ikhlas.
• Penuh naluri keibuan dan jiwa pendidik.
• Marah, tegas, manjakan anak mestilah atas sebab nak didik mereka.
• Tunjukkan sikap peka, prihatin pada anak/murid.

3. Mendidik mesti ada matlamat.
• Kemana hendak diarahkan anak-anak kita/ murid.
• Budaya apa hendak diterapkan dalam keluarga/sekolah
• Sistem apa nak dipakai dalam keiuarga/sekolah

4. Mendidik mesti senada dan seirama.
• Ibu dan guru mesti sama arahan dan amalannya.
• Kalau guru suruh menutup aurat, ibu pun kata begitu.
• Kalau ibu kata maghrib tak boleh tengok t.v, guru pun di rumahnya maghrib tak buka t.v. Murid tak tahu, tapi Allah tahu.

5. Mendidik mesti dengan akhlak dan contoh.
• Nak suruh anak solat, ibu/guru mesti solat
• Nak suruh anak bercakap sopan, ibu/guru mesti bercakap sopan dulu, bukan asyik menengking, menjerit tak tentu pasal.
• Nak suruh anak baca buku, ibu/guru mesti tunjukkan yang kita pun suka baca buku. Baca bersama mereka.
• Suruh/ cakap serupa bikin.

6. Mendidik mesti dengan sabar.
• Sabar dengan karenah mereka.
• Sabar dengan kemampuan mereka, tidak terlalu meletakkan harapan yang tinggi tapi sebenarnya anak belum mampu.
• Sabar dalam memberi tunjuk ajar bukan beranggapan mereka tahu semua.

No comments:

Post a Comment