Saturday, December 29, 2012

Rindu :(


Our memories,
pijak kasut
renyukkan baju
tarik tudung
sembunyikan barang
makan coklat dengan
tiru kerja rumah
lari dari kucing kurap mase beratur
ingat tak mase kita pergi bilik muzik yang seram?
aku,yeen ngan ira maen alat2 tuh .
isha ngan nea , ketakutan kat dpn pintu
berebut-rebut nak beli nasi dua ringgit setengah ingat tak?
rombongan pergi toilet selama berjam-jam
mein percik-percik air lepas basuh tangan kat kantin
berkumpul depan pintu 6c1 yang takde pintu
main prada, tepung and sewaktu dengannya
kita salahkan budak laki .
budak laki salahkan kita .
cikgu azilah tengah bebel kat dpn kite kat blakang ,boleh maen lempang-lempang lagi .
ingat tak kita melukis yang tak rupa lukisan?
bergossip kat dataran, garaj, kolong, kantin and toilet
bikin kecoh di PB.
and others more
*Dear friends please don't forget all the moment. I really appreciate the time you spend for me*






tetiba rasa rindu pulak kat anak2 murid .. dok asyik berfb tetiba ternampak status si wawa .. rasa sedih pulak baca .. pasal aku pernah melalui mende tu suma .. perasaan sedih apabila berpisah dgn kawan2 .. zaman persekolahan adalah zaman yg mengembirakan .. time tu sebuah persahabatan amat mahal harganya... tanpa kehadiran seorang teman pasti kehidupan di awal remaja tidak ceria .. rindu sgt zaman dgn kawan2 .. dari zaman form 1 sampai form 5 kat SMDB sampai le zaman sek kat ABS dulu.. tapi rasanya hubungan yg paling akrab sewaktu form 6 dululah .. teringat kenangan masa dok rumah sewa kat batu 1 .. mcm2 pengalaman.. masak sama2 , kemas rumah sama2, g sek sama2 , mengedik sama2..hehe.. time tu jugak kami belajar nk cari duit poket sendiri .. bila time dapat upah .. aduhai gembira tak terkata.. errmmm pengalaman yg tidak mungkin dapat diulang lagi ...


Wednesday, December 26, 2012

Moga Cinta Ini Berkekalan!

diam tak diam dah 9 bulan aku hidup bersama incik suami .. alhamdulillah .. walaupun kami berjauhan kami bahagia dgn apa yg kami lalui ..semoga hubungan yg terjalin ini akan berkekalan hingga ke nafas kami yg terakhir .. semoga kebahagian dan kegembiraan sentiasa mengiringi perjalanan kami .. semoga kami dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah.. Amin!







Tuesday, December 4, 2012

Kicap Sambal Tempoyak!!


budak yg konon2 hensem dan suka makan sambal tempoyak curah kicap .. huhu,, tau lah umah wan banyak tempoyak .. tp tak payah le beria ..huhu...

Konvo UITM

teringat nostalgia ketika berkonvo pada 2001 .. sedar tak sedar anak sedara koi yg dulu pernah menitiskan air mata gara2 kena herdik time belajar membaca kini telah menamatkan pengajiaannya...








Tuesday, November 20, 2012

UPSR 2012..



berakhirnya tugas aku di SK Kota Masai .. secara rasmi SK Kota Masai melahirkan 73 orang murid yg memperoleh keputusan 5A.. alhamdulillah ..walaupun tidak menepati sasaran yg ditetapkan oleh pihak sek dan jpn .. tapi kami semua berpuas hati .. kami sudah melakukan yg terbaik .. Allah yg menentukan segalanya ..

rasa bahagia sgt bila 34 daripada 38 anak didikku di kelas 6C1 memperoleh keputusan 5A.dan kesemua mereka memperoleh A dlm subjek BM Pemahaman dan penulisan ..

dan paling tidak diduga seramai 23 org anak murid ku di kelas 6C11 berjaya mendapat A dlm kertas BM Penulisan dan seorg dlm BM Pemahaman .. tak sia2 aku menangis bersama2 diorg sejak Januari yg lalu .. tak sia2 darah ku naik hari2 gara2 diorg . nampaknya mereka berjaya menunaikan apa yg aku minta .. buktikan pada semua org walaupun mereka dlm kelompok 4 kelas belakang tapi mereka mampu melakukannya .. Alhamdulillah terima kasih Allah kerana menunaikan impian mereka dan memberikan aku semangat utk terus berusaha...

tanpa rakan2 guru yg lain pasti aku tidak mampu utk melakukan semua ini .. aku ada rakan2 yg tidak jemu memberi semangat,dorongan dan tunjuk ajar semenjak aku mengalas jawatan ini .. hanya Allah sahaja yg mampu membalasnya ..

perasaan sedih utk meninggalkan bumi Kota Masai .. aku tidak mengumpul harta berbentuk material sepanjang 4 tahun aku di sini .. tetapi aku memperoleh harta yg sangat bernilai dan tidak boleh dijual beli iaitu PERSAHABATAN .. hubungan antara aku dan murid2 serta hubungan aku dgn rakan2 guru yg lain .. walaupun berat utk meninggalkan semua yg aku ada disini tetapi aku harus memikirkan masa depan aku sendiri .. semoga Allah merestui pilihan yg aku buat dan sentiasa dipermudahkan segala urusan ..

esok aku menerima surat pertukaran secara rasmi .. dan secara rasmi nya aku tidak lagi berada dlm organisasi yg besar ini lagi .. bersama 168 orang rakan guru dan hampir 3500 orang murid .. satu pengalaman yg amat bernilai dan tidak akan aku lupakan ...

Saturday, November 17, 2012

the vow








yg ni ke along .. macam payah je nak jumpa cdnya.. jadi sila2lah download utk makcu ye...hehe..

the vow








yg ni ke along .. macam payah je nak jumpa cdnya.. jadi sila2lah download utk makcu ye...hehe..

the vow








yg ni ke along .. macam payah je nak jumpa cdnya.. jadi sila2lah download utk makcu ye...hehe..

Friday, November 16, 2012

Aku Terima Nikahnya

ari ni jalan2 g jusco permas sorang2 ..mula2 planning nk dating ngan aida dan anak2nya sekali si huda demam la pulak .. baru niat nk bwk budak2 ngan mak budak tu jalan2 sebelum aku pindah muar .. nampak gayanya tak tercapai le niat tu.. disebabkan memang da setting dlm kepala otak pagi ni g jalan2 ..jadi mood mengemas tu takde ..lepas bakar sampah belakang umah siap2 terus g jusco .. da alang2 mintak izin ngan incik somi kan.semantara ada ruang nak berjalan ni kan .. nanti klu da dok muar tak lepas nak jalan sorang2 ... katanya klu nak ke bandar kena g bandar Batu Pahat .. klu kat Batu Pahat g BP Mall jelah kot.. susah2 klu nak jalan2 aku turun jelah KL .. Rumah persinggahan kat Ampang kan ada.. huhu...

smpai je jusco ..kepalaku sudah pusing ..punyalah ramai org .. opppsss lupa hari ni JCard kat Jusco Permas patut le ramai manusia .. sales pulak sampai 70% .. patutlah ramai kan .. biasalah aku kan cadang nak beli sandals je .. tapi bila sampai terbeli pulak mende lain ... hehe.. ni kena sembunyi ngan incik somi .. memang le dia tak marah tapi malu je kat dia.asyik2 barang aku je yg dibeli ...bila time dia takde.. masalahnya bukan takde niat nak belikan tp incik somiku ni punyalah cerewet .. pilih punya pilih last2 tak beli .. buat sakit ati jekan...

balik rumah dok layan vcd Aku Terima Nikahnya .. aduhai berderai ayaq mata bila tengok citer ni .. touching sungguh .. nasib baik le tengok sorang2kan ...

alololo romantik betul tengok Nora Danish ngan Ary Putra dlm cite ni ... Ending cite ni diakhiri dgn petikan kata2 yg aku suka baca..


'KADANG KALA ORANG YANG PALING MENYINTAIMU ADALAH ORANG YANG TIDAK PERNAH MENYATAKAN CINTANYA PADAMU KERANA ORANG ITU TAKUT KAU BERPALING DAN MENJAUHINYA DAN APABILA SUATU MASA DIA HILANG DARIPADA PANDANGANMU KAU AKAN MENYEDARI DIA ADALAH CINTA YANG TIDAK PERNAH KAU SEDARI "












Thursday, November 15, 2012

Jom Mengemas!!!




hari ni baru boleh mula mengemas barang2 nak pindah , sebelum ni tak berapa nak yakin nk mengemas barang pasal surat tak dapat lagi .. tp Puan GPK kata maybe bulan 12 surat tu sampai .. jadi nak tak nak kena jugaklah berkemas ... tak kan aku nak menghabiskan masa cuti aku kat sini disebabkan surat tu kan .. ni da tak sabar rasa nak balik .. suma sibuk citer makan durian ..huhu.. telan air liur .. da lama tak makan durian kampung amik pulak kat dusun sendiri ..

barang paling banyak adalah buku .. perabot memang takde le .. pasal tau nak pindah randah nanti susah .. tapi bila time beli buku tak ingat pulak susah time nak pindah .. worksheet budak2 ni melambak2 aku fotostat ... tu pun ada yg da bagi kat kawan2.. mana le tau kat sek baru aku tak ngajor thn 6 lagi kan ..

semalam berakhir Hari Anugerah Cemerlang .. selesai satu keje.. skrg tunggu 19 Nov je .. nak tunggu keputusan UPSR keluar .. berdebar2 rasa hati .. takutnya sampai termimpi2 pulak tu .. mimpi tak best pulak tu .. jgn le jadi kenyataan ..

oklah nak sambung mengemas ..

Renungan

Petua Untuk Menjadi Isteri Yang Terbaik

1. Isteri yang cerdik - Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami.

2. Pembantu dalam pengurusan kewangan keluarga - Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping sahaja. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Pengurus dalam segala hal - Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘pengurus’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, dia akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami - Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak - Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak, mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri - Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Ketika suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain, maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej - Kalau suami anda nampak kacak di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus imej diri. Jangan hanya nampak cantik etika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua - Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

Sunday, November 4, 2012

Wanted!!... Keratong Mari!!!


ginilah rupanya incik somi 30 thn akan dtg
hehe.. walaupun begitu tetap menjadi pujaan hati ku..ahaks

Akhirnya !!!


yg ditunggu2 telah pun tiba
ada gembira ada duka
tak terluah dgn kata2

Terima kasih Ya Allah kerana memakbulkan doaku selama ini..
diharapkan aku dapat menjalani hidup rumah tangga seperti pasangan lain..

Insya Allah

Tuesday, October 30, 2012

Program Bijak Halal 2012

Program Bijak Halal ni diadakan di Dewan Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang , disertai oleh 7 buah sek di Pasir Gudang ni .. program yg disusun memang best ..padat dgn informasi yg berguna tentang penentuan status halal sesuatu produk ,..dan paling BEST ...ada Imam Muda Musim 1 dan 2 .. Imam Muda Azhar dgn Iman Muda Najmi .. hehe disebabkan usia da melangkah ke maghrib ni jadi kenalah insaf .. kenalah minat Imam2 Muda ni .. klu muda2 dulu minat KRU .. tapi la ni .. KRU pun da tua .. hahaha..

Imam Muda Azhar dok bercerita pasal Halal Haram dalam makanan.. Imam Muda Najmi pulak menyanyi 2 buah lagu yg dipetik dlm album beliau .. cikgu2 punyalah teruja tengok Imam Muda tapi terpaksa control amik gambor dari jauh je..pakai pulak kamera cap ayam jadi gambor pun tak clear.. bagi murid2 nya pulak langsung tak excited jumpa Imam Muda.. diorg excited bila tengok Upin Ipin kuar...aduhai ...

selain program ceramah .. utk guru pengiring ada pertandingan masakan laksa makarel adabi .. kak Haliza Ismail jadi peserta .. siap bawak kelengkapan segala .. da jadi ala2 master chef le pulak .. bagi murid2 ada pertandingan melukis logo halal Jakim .. alhamdulillah .. tak sia2 ngangku 30 org budak g pertandingan ni .. SK Kota Masai sapu bersih ... Johan, Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Tempat Kelima dan Tempat Kelapan murid2 SK Kota Masai daripada 210 org peserta .. berbakat btol diorg ni .. dlm tempoh 45 minit diorg boleh melukis dgn baik .. kagum aku ...

terima kasih kepada guru pengiring Cikgu Jaja, Cikgu Aida daN Cikgu Haliza bersama2 dgn aku menjaga budak2 ni .. alhamdulilah takde masalah yg berlaku ...murid2 dan guru2 semuanya balik dgn perasaan gembira pasal semua org dapat hamper drpd pihak Adabi...















Hari Raya Aidil Adha 2012

setelah 3 tahun tak berhari raya haji di kampung..kali ni dapat peluang tu.. sebelum ni bukan tak nak balik tapi cuti di tengah2 minggu berkerja tambah pulak cutinya sehari jadi tak sempat nak balik .. beraya jelah kat pasir gudang ni.. tp alhamdulillah thn ni cuti 4 hari .. sambut pulak dgn incik somi ..hehe.. disebabkan ibu mertuaku beraya di terengganu dan mengikut giliran ..maka aku dgn senang hati dapat balik beraya di kk

perjalanan ke kampung seawal 2.30 ptg, pas balik sek siap2 balik umah kemas brg , 2.30 terus gerak , sampai kat seremban tepat 7 ptg , perjalanan berjalan lancar dari pasir gudang ke seremban .. tapi malam tu bila masuk kl je .. jalan start jam .. aduhai panas jugak lah punggung dok dlm keta .. nasib baik incik somi yg drive smpai kg klu aku mau berenti tengah jalan .. akhirnya pukul 1.30 pagi selamat sampai di kg.. alhamdullilah .. Allah melindungi perjalanan kami ini .. selepas tu incik somi bergerak ke kuantan kerja ..

sambutan hari raya mcm biasa... klu kat kg hari raya haji ni tak meriah sgt ..takde pun org yg datang umah .. semua org sibuk ngan ibadah korban dan kenduri kendara ..
pas solat jumaat ..melayan permintaan bibik2 yg dikerah semalam g tengok wayang kat star mall .. hehe.. nasib baik sempat bawak diorg klu tak mau ada yg tarik muka nanti .. terima kasih lah pada incik somi yg sudi melayan kerenah anak2 sedara ku ini ..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2013.. Terima kasih Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk menyambutnya pada tahun ini!.










Monday, October 22, 2012

Mersing 2012



aduhai leganya.. selesai sudah camping tahun 6 kat mersing .. aku cilok gambar kat fb cik yam.. gambor2 dlm kamera aku ..mcm biasa aku simpan jadi tukun..heheehe..

penat tak ilang lagi ... ingat ari ni nak amik cuti thn 6 .. tapi terpaksa cancell pasal ada kes budak thn 6 .. muka da terbakar rentung ni .. berhari raya korban dgn muka yg comei lah aku thn ni ..

skrg misi tanda kertas pekse... kena key in dlm saps sebelum balik raya ni .. pasal klu balik kg en berukband takde line .. tapi takpe .. klu citer nak balik kg .. semua menda jadi bersemangat ..hahaha


Thursday, October 18, 2012

Cik Ti Oh Cik Ti!!!!









baru selesai mengemop satu rumah dgn clorox gara2 cik ti dtg bertandang ... eeeeeiiiii aku memang geli dgn cik ti.. perasan kehadiran cik ti minggu lepas bila aku tarik kertas yg jatuh belakang bekas simpan barang sekali dia melompat ..apa lagi menjerit sakan aku ..hehe...

rasanya cik ti ni dtg berkunjung masa aku g tganu ari tu .. mayb dia masuk ikut lubang toilet kt bawah ni.. aduhai mcm mana le aku nak buat nk mhalau cik ti ni ..

ari ni memang kena berkemas siap2 sebab esok da berangkat ke mersing 3 hari utk perkhemahan murid thn 6.. takut cik ti bermaharaja lela.. pas balik camping nanti operasi pembersihan sekali lagi .. memang kena buang buku2 yg melambak tu ..klu tak nanti lagi payah .. sambil tu berkemas2 lah jugak standby mana tau aku dapat pindah muar nanti kan .. hehe.. harapan setinggi gunung .. mana tau kan ada rezeki aku kan .. cukuplah 4 tahun kat pasir gudang ni..

Monday, September 24, 2012

Adam & Hawa




aduhai .. sudah terjebaklah pulak ..
da 2 hari melayan citer ni ..
tengok citer ni sambil mengimbas balik novel yg aku baca utk puluhan kalinya ..
baca novel dan tengok drama ni dgn satu perasaam yg sama..



perasaan apa yek???... sudah tentulah hatiku berbunga-bunga..hehehe....

Tuesday, September 11, 2012

UPSR 2012

hari ni 11 sept sehingga 13 sept 2012 , murid2 thn 6 akan menduduki peperiksaan UPSR .. semoga mereka menjawab dengan tenang ..

hari ni, mereka da jawab 3 paper, setakat yg aku tanda tadi alhamdulillah anak2 didikku di kelas 6C1 majoriti dapat A dalam pemahaman , cuma seorang je yang sangkut .. harap2 graf turun ..murid ni dapat A.. rasa puas hati sangat ..

klu yg satu lagi agak mengecewakan .. tapi aku pasrah dan redha .. soalan agak sukar jadi budak2 6C11 memang ramai yg tak dapat jawab ..

masih ada 2 hari lagi .. semoga anak-anak didikku ini dapat menjawab dgn baik .. Insya Allah!

Saturday, September 8, 2012

Alahai !!!

CERITA A

Quote dari blog Yana Adnan





assalamualaikum

entry kali ini mungkin akan menyebabkan aku akan dicemuh masyarakat. tapi ini adalah pendapat peribadi aku dan aku rasa bukan setakat aku je rasa menda ni.

kerja as a cikgu. of course la dihormati.tapi bagi aku.. kalau cikgu tu betul-betul berkualiti barulah wajar dihormati.

"eh yana, kurang ajar la ang...dulu kalau ang tak sekolah, belum tentu ang boleh jadi engineer sekarang ang tau dak?"
-yup, memang kalau aku tak pergi sekolah dulu, takde cikgu yang mengajar semua..belum tentu aku jadi engineer sekarang tapi disini, apa yang aku nak tekankan adalah...

betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu

1. gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot, tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu) selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam, 7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus...plus overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku banding dengan operator ok..bukan dengan engineer mahupun manager...yang tu pergi gelap, balik pun bergelap jugak!

2. cuti berlambak+kerja half day. tu pun cikgu-cikgu ada annual leave lagi. kursus pulak dijalankan pada hari persekolahan. isk, untung ye jadi cikgu? dah la kerja setengah hari je. cuti banyak, gaji masyuk. cuti ujung tahun..gaji jalan..wahh..tu pun ade jugak la cikgu-cikgu yang memberontak bila timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee Ka Siong bagi cadangan guru kerja 9jam..adoyai...cikgu-cikgu ni sebenarnya ikhlas ke tidak bekerja ni..."aip, ceyana, keihlasan seorang guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan ilmu yang dia bagi baru tahu!"
-aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ikhlas.

3. cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online, bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat sekolah, kenapa tak nak bagi all out?kenapa hanya 5-10 orang student je yang dapat skor subjek yang kau bukak kelas tuisyen tu and kenapa untuk budak-budak tuition ekau, dorang boleh score (most budak tuition datang dari sekolah-sekolah yang berbeza kan?). dan selalunya secara keseluruhan, budak-budak tuition ni susah nak fail exam dowang, tapi student dalam sekolah..ada je yang fail..tambah-tambah subjek add maths?! adakah itu taktik pemasaran?sangat teruk kan cikgu-cikgu ni?
dulu masa aku student, mana nak realize sangat dengan semua ni.. minda seorang student hanya nampak cikgu je sebagai idol. "wah...terer gila cikgu ni selesaikan masalah add maths ni", wah...cikgu ni pandai la manipulate ayat", "cikgu ni pandai la selesaikan masalah fizik ni' blablabla...but, now bila aku dah kenal erti duit, dah kenal erti masa..baru aku sedar.."wah, untungnya jadi cikgu, kerja senang, gaji banyak, orang kagum, disegani".."soklan add maths ni lagi senang kalau kita guna kaedah ni, fizik ni lagi mudah kalau guna cara ni..sains ni fakta, maths ni banyak buat latihan, kau dah boleh paham. sejarah ni kau kena rajin membaca, bahasa melayu ni kau kena baca selalu..semua ni ada kat sekeliling kita. "

mungkin ramai cikgu-cikgu yang kata mana ada kerja kami senang?
"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.

“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media. sumber

multi purpose? iye ke? kalau bab hantar murid ke hospital tu, aku rasa semua cikgu berlumba-lumba nak tolong menghantar..ye la, nanti dapat skip kelas, tak payah nak mengajar..manjadi polis trafik? setakat setengah jam selepas waktu persekolahan, takkan tu pun nak berkira and tak salah aku, banyak sekolah sekarang dah ada pak guard dan pak guard ni yang bekerja sebagai polis trafik.
pegawai kewangan?ehem-ehem..kalau duit kelas, ketua bendahari yang jaga..tu pun student sendiri, kalau nak kata duit yuran...yuran persekolahan dan yuran peperiksaan dah pun dimansuhkan..menjadi kerani untuk masukkan markah???aku sendiri as a student pernah buat kerja ni..cikgu suruh..so what?maknanya cikgu aku dulu?curi tulang?ermmm..ye la,,beliau curi tulang dan student still anggap cikgu mereka cikgu terbaik..padahal.......!@#$%^

banyak benda yang aku rasa cikgu ni snagat beruntung. so para cikgu sekalian, tolonglah bagi yang terbaik kepada anak bangsa ye..

aku sangat salute kalau cikgu tu menjadi seorang cikgu disebabkan oleh minat dia yang mendalam.dimana dia sedar akan tanggungjawab dia, mengajar sampai budak yang tak minat belajar jadi rajin dan pandai. budak yang bodoh jadi cerdik, budak yang asalnya keluarga miskin tapi berjaya tanggung keluarga, budak yang terbela nasibnya kerana cikgu fightkan biasiswa untuk pelajar tu, budak yang bermasalah menjadi seorang yang berdisiplin, budak yang lemah dibimbing menjadi perkasa, budak yang lembab dapat menguasai ilmu teknikal, budak yang hilang akhlak jadi manusia bertakwa. yes. yang ni betul seorang guru.

kepada guru-guru sekalian, please la..stop baca blog, stop main facebook, stop buat tuition kalau niat nak cari wang tambahan dan bukannya nak memajukan anak bangsa, stop la jual shawl, jual supplement bagai...jadilah cikgu yang terbaik...

isk, kalau nak complain pasal kerja cikgu pulak..aku rasa lagi panjang la entry ni..


CERITA B

Untung Lah Sapa Jadi Suami Cikgu
Sebagai pekerja swasta dalam industri perkapalan dan berbini seorang cikgu, aku merasa untung menjadi laki seorang cikgu sebab hari-hari aku pergi sekolah hantar bini depan pintu pagar. Dalam sekolah tersebut ada 1500 pelajar dan cikgu-cikgu lebih kurang 100 orang barangkali. Cikgu-cikgu cun sama manis-manis serta bujang dalam 4-5 orang sekali sekala aku dapat usha sepintas lalu tiap-tiap pagi. Belum termasuk awek yang jual nasi lemak depan simpang sekolah. Untung la aku dapat tayang muka hari-hari depan depa semua.

Sebagai cikgu kaunseling, gaji bini aku banyak habaq hang! Kerja dia jaga budak-budak sekolah saja. Senang habaq hang! Kalau budak-budak ada masalah lari dari rumah, boyfren & girlfren merajuk, mak bapak tak bagi kasih sayang penuh dan masalah menari Gangnam style semua bini aku boleh cover. Pehhh. Terer gila nak habaq kat hang! Itu belum termasuk budak-budak nak bunuh diri sebab boyfren dah ada awek kat sekolah lain. Senang kan kerja dia? Senang kan? Nampak?

Untung la sapa jadi laki cikgu sebab aku akan dengaq dia bercerita tentang kerja dan masalah budak-budak sekolah. Sampai malam pun ada mak bapak yang rajin talipon bini aku tanya tentang masalah anak-anak depa. Untung la sebab kadang-kadang bini aku yang talipon depa. Bil talipon? Takpa, aku ada, aku boleh bayaq. Gaji aku tak la banyak macam Engineer. Tapi ada la duit serba sikit. Kalu tak cukup, gaji bini kan ada. Lebih 2k sebulan. Gila hang! Banyak tu. Berbekalkan 2k lebih sebulan cukup-cukup buat belanja kat Pavillion. Tapi bini aku suka shopping kat Uptown saja. Untung kan? Kalu jadi Engineer mesti dapat shopping kat Paris sama London. Bil dan duit rumah, kereta sebagai laki, mestilah aku yang settle. Duit kereta proton sama rumah atas tanah aku boleh cover. Tapi tak sama la macam kereta engineer BMW sama rumah 5 tingkat macam engineer.

Cuti bini aku banyak oi habaq hang. Tiap kali cuti sekolah, bini aku cuti. Tapi dia tak mau cuti sebab kena pi kursus pulak. Punya la rajin cikgu ni kan? Bila dia nak bercuti, aku pulak kena kerja. Jadi dia sambung la kerja-kerja rumah, jaga anak dan macam-macam lagi kerja dan projek sekolah dia. Untung habaq hang! Aku balik rumah bini dah siap masak semua. Aku tak payah buat apa dah. Dia boleh jaga makan minum aku dari pagi sampai malam. Cuti dia habis macam tu saja kadang-kadang sebab aku tak dapat cuti. Senang jadi cikgu ni kan?

Untung la jadi laki cikgu sebab kadang-kadang bini aku kena marah dengan mak bapak budak-budak sebab mak bapak sekarang cakap cikgu yang jaga dan membentuk anak depa. Kalau silap semua salah cikgu. Kita kena salahkan cikgu atas semua masalah sosial sekarang. Masalah gangnam style jugak salah cikgu sebab cikgu yang banyak main facebook, youtube dan online shoping. Semua salah cikgu oi. Orang lain mana main fesbuk, update blog dan tutup blog. Nampak? Senang kan kerja cikgu?

Pengetua marah pun cukup senang. Nak menjadikan seseorang sebagai budak berguna kita serah saja pada cikgu, sebab engineer tak mampu nak mendidik anak bangsa. Kita bagi sama cikgu saja sebab kerja depa senang habaq hang. Apa duk gaduh? Sebagai engineer Liyana, doktor,engineer Liyana, menteri, Engineer Liyana,tokeh kilang taugeh, Engineer Liyana,drebar lori, kerani di pejabat engineer Liyana, tukang paip, makcik jual nasik lemak semua tak sama macam kerja cikgu. Semua kita ni kerja susah habaq hang. Gila betui! Mana ada masa nak didik anak bangsa. Kita bagi saja tugas sama semua cikgu. Cikgu kan kerja senang.

Untungnya aku sebab aku boleh jadi kaunseling sama bini aku bila dia ada masalah, aku bagi semangat sama bini aku. Untung la dapat luangkan masa dengan bini aku. Kalau bini aku kerja engineer macam Liyana, mungkin aku jumpak dia sebulan sekali saja. Gaji bini aku mungkin lebih dari gaji aku. Jadi aku tidak berkuasa penuh lagi sebab kuasa duit lagi power mungkin. Mungkin dia akan ada scandal dengan Datuk-Datuk dan Aaron Aziz mungkin. Mungkin dia suka ke Paris dan London untuk bershoping. Sebab itu aku suka dia jadi cikgu habaq hang. Cikgu kerja dia pi sekolah awal, balik sekolah pun awal. Jadi cikgu senang sebab mendidik anak bangsa adalah perkerjaan "PALING SENANG" dalam dunia ni.

Untung la sapa-sapa yang dah kerja sebenarnya. Untung lah kita ada duit makan. Untunglah kita kerja sebagai penyapu sampah sekali pun. Untung lah kita menjual nasik lemak tepi simpang. Untung lah kita kerja doktor dan kontraktor. Untung lah kita yang duduk kerja di Malaysia. Untunglah mat-mat bangla yang kerja untuk kita. Untung lah sapa-sapa yanag baru jadi engineer tu. Untung habaq hang.

Oleh itu, marilah kita semua jadi cikgu sebab kerja cikgu adalah yang paling "senang" dalam Malaysia ini. Sebab kerja Pegawai Perkapalan, Doktor, tukang buat roti canai, tukang basuh kapal terbang dan sebagainya adalah kerja-kerja yang susah. Yang paling susah kerja engineer. ada orang cakap engineer kerja susah. Tapi aku tak tau kerja engineer macamana, aku tak tau kerja cikgu macamana, aku tak tau kerja kerajaan macamana, yang aku tau kerja aku kat swasta ni pun ada susah dan ada senang. Nampak aku tengah update blog? Nampak tak kesenangan di situ? Nampak?

Sebenarnya semua kerja susah. Aku sebenarnya nak jadi SUPERMAN. Tapi nampak kerja dia pun boleh tahan susah. Kena terbang sana sini dan menyelamatkan dunia dari orang jahat. Bila aku pikir-pikir balik, susah pulak jadi Superman.

Oleh itu, aku rahsiakan identiti aku sebagai Superman sampai sekarang. Supaya aku ada masa untuk beribadat kepada Allah SWT dan meluang masa untuk keluarga aku.


Friday, September 7, 2012

Program Solat Hajat Perdana dan Majlis Mohon Restu

alhamdulillah .. program yg dirancang berjalan dengan jayanya ..






ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan2 guru yg bertungkus lumus menjayakan program ini.. tanpa bantuan kalian pasti saya tidak dapat melakukan yg terbaik ..

klu nak dikira peratusan ibu bapa dan murid yg datang tidak sampai 50% .. tetapi ramai ibu bapa yang datang berpasangan .. syukur alhamdulillah.. tidak berlaku kejadian yg tidak diingini..

semoga apa yg kami lakukan mencapai matlamat yg disasarkan .. semoga kehadiran para ibu bapa dan guru memberi keberkatan kepada calon2 UPSR thn ini

kami masih lagi memerah keringat utk memastikan calon2 UPSR seramai 528 org di SK Kota Masai beroleh kejayaan spt yg diharapkan .. Amin!

Wednesday, September 5, 2012

5 Hari Lagi!

lagi 5 hari nak UPSR .. cikgu bagai nak pecah jantung memikirkan budak2 .. tapi budak2 dok relax je .. 2 hari ni diorg ada ujian dlm bilik peperiksaan masing2.. bila check balik kertas diorg terutama kelas belakang .. ramai dpt keputusan yg teruk.. yg sebelum ni dah lulus jadi tak lulus .. mood raya barang kali .. aduhai anak2 muridku!!

2, 3 hari ni penat menguruskan persiapan upsr .. segala mende kena pikir dari sebesar2 sampai le yg sekecil2nya .. bertuah budak2 zaman skrg ... esok ada majlis solat hajat perdana dan mohon restu .. ibu bapa akan hadir utk program ni .. gembira sgt bila dapat tau thn ni penyelaras thn 6 tak payah bg ucapan ... sujud syukur rasanya .. hehe... gabra koi weh nak berucap .. tapi ramai yg tak puas hati .. hahaha... nasib aku lah wei

tugas aku sudah sampai ke penghujungnya .. semoga Allah memberikan aku kekuatan dan kesihatan utk melakukan amanah ini!

Friday, August 31, 2012

Sim Card oh Sim Card!

tepat pukul 9.30 mlm sim card saya ni telah berjaya membuatkan saya mengelabah .. capai tudung, start enjin keta terus pecut g kedai tepon kat bacang ..

ini kerana saya sayang sim card saya sgt .. gatai2 tangan sgt g kuarkan sim card banyak kali .. kan dia da merajuk ..

alhamdulillah .. berjaya jugak akhirnya sim card boleh digunakan selepas budak cina hanya menanggal sticker yg ditepek oleh pekerja kat bank islam .. aduhai tak pasai2 melayang rm15 pasal beli sim card baru ...

Raya 2012













kali pertama menyambut Syawal bersama incik suami .. dari khamis sampai mlm raya pertama berada di rumah mertua .. ptg raya pertama da meronta2 nak balik beraya bersama keluarga sendiri ..

kali pertama disuruh mertua utk memasak rendang .. tetiba jadi gelabah .. walaupun kalau kat umah mak sendiri aku lah yg memasak .. pagi2 lagi da tepon mak tanya .. bukan apa takut dan tak confident nak bagi org lain makan ..selalu utk adik beradik sendiri je..

so far raya biasa2 je .. tak g beraya ke mana2 pun.. rumah kawan pun tak sempat pergi pasal raya ke 3 suami da kena kerja.. tinggal pulak kat kg tanpa kereta .. memang tak kemana lah .. harap kawan2 tak kecik ati lah ..

syawal ni dikejutkan dgn berita yg mengejutkan .. 2 0rg teman baik telah kehilangan bonda dan ayahanda.. kak sham kehilangan bonda 3 hari menjelang syawal dan hanaliza kehilangan ayahanda pada syawal yg ke 3 .. sempat menziarah arwah ayah hana hingga ke kubur.. sedih tengok keadaan hana .. dgn kak sham pulak tak sempat jumpa walaupun aku berada di keratong .. terkilan sgt pasal tak diberitau .. padahal ptg khamis aku da sampai kat sana .. pada ptg raya pertama baru tau .. tu pun sebab nak g beraya ke rumah kak sham .. takpelah aku paham keadaan kak sham .. dlm keadaan macam tu memang tak ingat apa dah ..

semoga arwah di tempatkan kalangan org yg beriman dan dicucuri rahmat kita .. kita yg masih hidup dan diberi ruang utk bernafas di bumi Allah ni , jgn sia2kan peluang dan kesempatan yg ada ..