Saturday, October 29, 2011

Sahabat,Kawan,Rakan,Teman!

Sajak buat sahabat seperjuangan…
Oktober 27, 2005 oleh Musafir Kelana

Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.

Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.

_________________
jadilah sahabat yang baik…
Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.
Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Binalah nilai seorg sahabat yg baik..

Friday, October 28, 2011

Rodong Koi


rodong koi yg setia dr dulu sampai le skrg
berkawan ngan dia since form 2 sampai le da kertu mcm nihah
dialah yg masih setia ngan koi dari dulu lagi walhal kami sekelas masa form 2 je, pastu form 4 dia da masuk vokay bentong .. tp hubungan tu tak putus masih tak putus, mungkin disebabkan faktor dia adik angkat kak ida.. so dengan koi ni jadi akrab le pulak .. klu time cuti mesti dia ada calling2 , sampaikan satu tahap kena marah ngan kakak koi pasal koi takde kat umah ,, klu time raya mesti ada datang beraya ke umah walaupun time tu dia da keje kat kluang .. masa koi dok kerinchi pun dia sanggup redah jauh2 nak dtg minum2 ngan koi ... rasa nak menitik ayaq mata ... tapi yg paling buat koi terharu bila dia datang dengan tangan nya sendiri menyerahkan kad jemputan kawin dengan sang isteri ..time tu rasa koi le rodong dia yg paling bermakna dlm idup dia..


ENCIK MOHD NAJIB BIN ABDUL RAZAK :

terima kasih kerana sudi menjadi sahabat koi dlm tempoh 19 tahun ni
terima kasih kerana sudi mendengar keluh kesah ketika koi sedih koi gembira koi merana koi meroyan
walau dalam apa keadaan awk sentiasa ada utk koi
hanya ALLAh yg mampu membalasnya


koi doakan awk bahagia dunia akhirat bersama isteri tercinta , semoga dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah , dikurniakan kesihatan dan kesenangan yg berpanjangan .. Amin!

2 hari lagi

tinggal 2 hari lagi untuk bersenang lenang dirumah , Isnin da masuk sek semula... selasa da mula peperiksaan akhir tahun .. utk tahun 6 cuma subjek elektif saja .. yg teras guna result time percubaan hari tu , maksudnya kali ni aku cuma menanda kertas KT ngan PJK jelah .. 10 November program sukan dan rekreasi kat Star Hills Kempas. maksudnya minggu depan da kena start cari hadiah dan hamper utk 10 kumpulan ni lah .. 120 org budak yg akan turut serta , tapi bilangan cikgu tak confirm lagi, jadi isu kalau aku tentukan .. biarlah yg arif dan bijaksana yg tentukan ,, cadangnya nak bawak semua cikgu tahun 6, tiba last week dapat tau hanya 15 org guru sahaja yg dibenarkan .. aduhai .. macam manalah nak menjaga budak2 tu nanti , da le suma aktiviti dlm kolam .. aku lak tak pandai nak berenang ..nanti bukan cikgu yg menyelamatkan anak murid, anak murid yg menyelamatkan cikgu ..hehehe...14 November keluar keputusan UPSR, 15 November jamuan akhir tahun dan 19 November adalah penutup dengan Hari Anugerah Cemerlang .. tapi bila bole start bercuti tak tau lagi .tak taulah tahun ni nk buat mcm tahun2 yg sebelumnya kelas tambahan mula awal .. errmmmm cikgu ngan budak2 semua da dlm mood bercuti ni ...

petang ni tak hujan macam selalu , jadi bolelah menyambung mencabut rumput dan menebas lalang di belakang rumah , kat depan da settled tapi rumput dan lalang yg dicabut tak bole nak dibakar pasal basah lagi ..ari2 hujan kat pasir gudang nihah .. baru perasan aku takde lighter rupanya , abis tu tak kan nak cucuh surat kabor kat dapur gas berlari bawak ke depan pulak ,,mau terbakar rumah ni kang ..hahaha..

baiklah bergerak sekarang , tadi en xyz da bertanya da siap ke rumput dan lalang kat rumah tu ??... siap pesan lagi jgn asyik melingkor je .. hahaha... mcm dia tau jekan..

Comei


buka tv pagi ni tengok ada Najwa Latif .. alhamdulilah dlm usia yg muda telah berjaya .. kejayaan dlm bidang muzik mestilah seiring dgn kejayaan dlm akademik ..Insya Allah .. zaman skrg ni ramai sungguh budak2 nak jadi penyanyi .. kat kota masai ni pun apa kurangnya .. tahun ni dengarnya ramai jugak budak2 sk kota masai yg g audition idola kecil .. hari tu tengok dlm FB ada sorang budak tahun 5..kat sek tak mengajar dia tp mengajar dia time tuisyen .. tengok rupa kat sek ..senyap je .. tapi bila kat luar..ermmm... maybe mak ayah dia tak kisah dan menyokong apa yg anak dia lakukan .. tp setakat aku mengajar tuisyen ..budak ni kira oklah ..

pagi2 lagi da membuka blog yg menjadi rutin untuk dibaca .. ari ni ada satu blog lagi nak direview pasal suka tengok budak yg berbakat besor tambah plak comei je dia time nyanyi ..huhu..

jom kita layan :


'
'
'
'
'
'

http://najwalatifs.blogspot.com

layan blog sambil minum jus tomato ngan kopok lekor.. ( huhu.. jus tomato da sihat da menunya , tapi kopok lekor tu payah nak ckp..hahaha...)

Khasiat Tomato

Jus tomato mengandungi Vitamin A,C, Lycopene dan protein. Paling penting ia mempunyai anti-oxidan yang melambatkan proses penuaan kulit.

1. Mencerahkan Kulit.

Mampu untuk membuat kulit nammpak segar kemerahan dan berseri terutamanya dibahagian muka. Menghilangkan raut kulit yang pudar.

2. Kulit Muka Berminyak.

Gosokkan tomato masak yang telah dipotong ke atas kulit muka selama beberapa minit. Biarkan jus tomato itu dikulit muka selama 15 minit. Bersihkan dengan air sejuk sahaja. Amalkan 2 kali sehari sahaja. Kulit muka berminyak tiada lagi.

3. Jangkitan Pada Kulit Muka.

Gatal dan kemerahan di kulit muka. Kaedahnya sama sahaja. Potong buah tomato dan gosok dengan lembut secara bulatan di muka. Jus tomato mempunyai unsur asid yang mampu menyeimbangkan pH kulit.

4. Menutup Pori-Pori Kulit.

Gosokkan jus tomato ke seluruh kulit muka sebelum tidur, biarkan semalaman. Cuci lah keesokan paginya. Amalkan sebegitu.

5. Jerawat Batu

Sapukan jus tomato di kulit muka dan biarkan selama sejam. Cucilah selepas itu. Amalkan sehingga jerawat pulih sepenuhnya.

6. Menghilangkan Bintik Hitam.

7. Pulihkan Hitam Panahan Matahari

8. Tegangkan Kulit

Tuesday, October 25, 2011

Ladybird ke Lipas?



tadi mms dayah tanya ada rupa ladybird tak menatang ni?..
dayah jawab aikk mcm lipas je!!!!
uwaaa.. jawapan tak menjaga hati sungguh!
tapi kan aku pun rasa mcm tu..heheeh
pasal tu mms kat dayah tadi..pasal aku terasa apalah yg lain macam sang ladybird aku ni..hahaha... lipas rupanya.. tak kan kena badi lipas kot .. mungkin balasan tuhan ni .. 2 ari ni aku dok berperang ngan lipas , tensenlah apalah kena kat umah ni banyak lipas .. dlm bekas kain ada lipas.. eeeiiiii geli .. pagi ni pun bangun je nampak lipas.. apa lagi amik ridset spray sampai dia nyawa2 ikan.. tulah balasan dapat ari ni .. nak lukis ladybird jadi rupa lipas ...hehehe

setelah dipaksa dayah terpaksalah melukis dan mms gambor ladybird mcmmana.. tulah hasilnya 2 ekor lipas dan 2 ekor lady bird..hahaha... tulah kelemahan aku dari dulu memang fail klu bab melukis ni .. ingat dulu2 masa sek klu pekse seni waima kelas seni pun memang jgn harap aku nak melukis .. selalunya cik zuaidah lah yg jadi mangsa .. tolong lukis utk aku dan aku tukang wane je..hahah.. punyalah keras tangan aku nihah.. bayangkan lah nak lukis ladybird jadi lipas ..hehehe

teringat masa mula2 posting dulu , aku kena ngajar BI thn 1 dan tahun 2.. ngajar tahun 1 biasalah mestilah kena lukis .. mula2 dulu aku cuba2 jugaklah lukis .. tp bila lukis je mesti budak2 akan gelak kan aku .. mesti diorg akan tanya eeeiii teacher lukis apa tu .. tak sama pun ... issshhhh kurang asam ...
last2 bila time nak lukis je ,mesti panggil budak2 yg lukiskan .. bila nk soh diorg melukis berebut2 nak mencapai marker ... yelah budak2 ni kan da jadi satu kebanggaan klu cikgu panggil ke depan utk lukis atau tulis apa2..

senang citer , nak jadi cikgu ni kena kreatiflah .. tambahan pula klu ngajar tahap 1 , silibus memang banyak gambar, jadi klu cikgu nak lukis ayam pun tak pandai memang payah lah kan .. errmmmm nasib baiklah aku da pencen ngajar tahap 1 ..

tapi nak jadi seorang guru yg kreatif bukan bole amik masa sehari dua kan???

Melayang2



semalam g hantar keta servis, disebabkan hari sabtu da g tanya berapa so ari ni tak tanya lagilah .. cina tu cakap timing belt rm 180..so klu masuk labour charge pun dlm rm220 jelah ..aku pun terus antar keta, cina tu pun tau aku nak tukar timing belt dia pun tak tanya apa lagi da.. dekat sejam jugaklah aku menunggu. bila siap je aku pun g bayar sekali cina tu bagitau suma sekali rm300.. telan air liur dibuatnya ... errmmmmm...apa hal mahal sgt ni (dalam ati jelah,mulut tak terkata) terus bayar n balik umah ..

bila sampai umah baru msg en xyz... tak pasai kena marah ..dia ckp nape tak tanya cina tu ..aduhai masa tu tak terkata dibuatnya .. itulah klu pompuan yg pergi ke bengkel ... nak buat mcmana redha jelah .. mende nak berlaku .. tp mlm tadi abg aku ckp kira oklah rega tu.. nak sedapkan ati terima jelah ..

moral of the story pasni klu nak antar keta ke bengkel pergilah bersama2 dgn org yg arif tentang mende ni .. aku punyalah berhati2 .. siap g tanya dulu .. tp mcm tu jugak jadinya.. aduhai!

Sunday, October 23, 2011

Jodoh atau Cinta - Kaki Novel


HARGA SEMENANJUNG: RM19 AHLI KN: RM15
HARGA SABAH SARAWAK: RM22 AHLI KN: RM18

Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.
Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.
Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?

Saturday, October 22, 2011

Sekebun Bunga Cinta-Alaf 21



Faris Aqiel bukan lelaki yang mudah menyerahkan hatinya kepada sesiapa. Walaupun seribu gadis yang hadir, mereka cuma datang dan pergi. Kehadiran Airis Jasmyn mengertikan satu rasa di hati. Tetapi, masakan hatinya boleh terpaut pada si gadis ‘boyish’itu?

Tanpa ragu-ragu, Faris melafazkan cinta. Dia benar-benar ingin Jasmyn tahu isi hatinya. Malangnya, rasa yang dihulur dibiar sepi. Mana tahu hatinya yang disangka kental itu sangatrapuh. Lalu, dia membawa diri ke Kota Wellington. Hairannya, hati Jasmyn terlalu hiba selama ketiadaan lelaki itu.Kerana ego yang tinggi, disingkir jauh segala perasaan. Dia tidak mahu dibaluti kekesalan walau sedikit pun!

Faris kembali ke tanah air. Rasa kecewanya sudah sirna. Namun begitu, pertemuan semula dengan Jasmyn meruntun jua hati lelakinya. Ketika itu, hadir Zara Yumna meneutralkan rasa cintanya terhadap Jasmyn. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk melamar Zara. Saat mereka ingin disatukan, Jasmin pula hadir mengakui rasa cinta yang terpendam sekian lama di jiwanya. Sayangnya, cinta itu sudah menjadi serpihan-serpihan halus yang tidak bisa dicantum kembali. Ketika itu barulah Jasmyn sedar bahawa cinta tidak semestinya dimiliki.

Pergilah Air Mata-Hanni Ramsul

Da 2 kali baca novel ni , time tu baca kat blog Penulisan2U .. cite dia tak abis, tak tido malam membacanya , last2 esok nya g pusat bandar cari novel ni .. aduhai da takde , kedai tu cakap stok takde .. buku tu da lama .. kena order dulu ..

dengan semangat gigih tanya cikgu2 kat sekolah yg memang gila baca novel .. last2 Aishah ckp dia ada , tapi tinggal kat umah dia .. heppi tak terkata .. dia siap g balik umah mak dia amik novel ni utk aku ..

wah .. bila baca je memang meleleh le ayaq mata ..itu akulah tak taulah org lain..da jadi habit klu novel best mesti kena baca kali ke 2 .. wah apa lagi esok g sekolah ngan pening2 lalat .. kuar bintang.. gara2 ngadap novel nihah ... berbaloi lah aku membacanya...



HARGA SEMENANJUNG: RM28 AHLI KN: RM24
HARGA SABAH SARAWAK RM31 AHLI KN: RM27


Akan kubenarkan derai air mata ini membasuh seribu duka...
Akan kubiarkan titisnya terus menitik ke telapak tangan...
Agar kilau jernihnya sudi mendoakan sejuta bahagia untukku...
selamanya...

Pertemuan ini tidak pernah menjadi yang terindah. Ikatan ini juga tidak pernah memberi sejuta bahagia. Lalu, apa perlu kelangsungan ini? Andai wajah ini cuma mengundang bencimu. Suara ini cuma mengundang marahmu. Tingkah ini cuma mengundang sakit di hatimu. Untuk sekali ini, akurlah pada satu pintaku…
Lepaskan aku dari belenggu air mata ini…SABRINA…


Memang pertemuan ini tidak pernah indah. Ikatan ini juga hanya membuat hati bertingkah geram. Apa perlu pada kelangsungan ini? Kerana wajah itu membuat aku teringat pada satu detik hitam yang menyakitkan. Kerana suara itu mengundang geram, apabila kau membisu saat aku perlukan suaramu. Kerana tingkahmu sering membuka prasangka demi prasangka yang membuat hatiku terus berdarah. Dan, pada pintamu yang satu itu…Maaf…Ini pilihanmu, lantas aku akan kotakan… akan aku sempurnakan titis-titis air mata itu… agar setiap titis itu akan menjadi belati yang menyakitkan…
BADRUL…


ISBN: 978-967-5067-74-7

SEMENANJUNG: RM 24.00 AHLI KN: RM 20.00
SABAH/SARAWAK: RM 27.00 AHLI KN: RM 23.00


Cinta datang tanpa diundang, sebagaimana pertemuan tak terduga antara Qistina Balqish dan Daniel Muaz. Setiap kali berjumpa, setiap kali itu juga akan berlaku sengketa sehinggalah berlakunya sesuatu yang mengaibkan sehingga mengikat mereka kepada sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang perlu digalas atas perbuatan tanpa sengaja oleh kedua-duanya. Suatu ikatan pernikahan atas keterlajuran sikap Daniel Muaz dan kecuaian Qistina Balqish sendiri. Pernikahan ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan kedua ibu bapa Daniel Muaz. Setelah tanggungjawab diambil, bagaimana pula mereka mahu melaksanakannya jika mereka sering tidak sehati sejiwa. Bila tiada mereka merindu, bila ada mereka tidak sebulu. Tanpa sedar bibit cinta antara mereka mekar di dalam hati. Namun, relakah mereka menerima cinta itu...?

Daniel Muaz: “Macam ni la... aku bagi kau seratus ribu, kau tutup mulut kau, okey?

Qistina Balqish: “Seratus ribu??? Awak ingat harga diri saya nilai macam tu, ya? Terlalu murah, tau tak? Huh, awak ingat awak mampu beli segalanya dengan duit awak tu? Saya tak kira, saya nak awak bertanggungjawab. Kalau tak saya buat report polis. Lagipun saya boleh sue awak, saya ada bukti yang awak ceroboh bilik saya,”
Daniel Muaz: “Aku tak sengajalah. Lain kali kunci pintu kalau tak mahu orang lain masuk. Kau sendiri yang cuai. Ada ke nak tidur tak kunci pintu. Apa kau ingat kau kat rumah sendiri ke?

Biarkan Ia Berlalu - Kaki Novel



Biarkan Ia Berlalu - Novel Terkini
RM37.00

ISBN: 978-967-5067-86-0
SEMENANJUNG: RM 37.00 AHLI KN: RM 33.00
SABAH/SARAWAK: RM 40.00 AHLI KN: RM 36.00

Pengkhianatan dan sikap dengki Tan Sri Khalid terhadap keluarga Nadia telah mengubah kehidupan gadis itu. Namun dia tetap tabah menerima untuk hidup dalam kesederhanaan selagi Johan anak Tan Sri Khalid sentiasa di sisi. Sehingga pada satu tahap kesabarannya telah goyah apabila Johan sendiri telah memutuskan hubungan mereka semata-mata kerana beberapa keping gambar ‘panas’ hasil pakatan mummy Johan, Puan Sri Normah dan calon menantu kesayangannya, Erin. Sejak daripada itu, telah tersemat satu perancangan untuk membalas dendam terhadap keluarga Johan.

Lima tahun Nadia membawa diri ke luar negara di samping mempelajari selok-belok perniagaan daripada Jason, seorang ahli perniagaan yang berjaya di UK. Dalam tempoh itu juga Nadia telah berjaya menubuhkan Friends Corporation di Malaysia sambil dibantu oleh dua sahabat karibnya: Tiara dan Baby. Nadia memberi sepenuh kepercayaan kepada dua sahabatnya itu untuk menerajui Friends Corporation di samping mempunyai muslihatnya tersendiri. Setelah mendapat tahu Johan akan berkahwin dengan Erin, Nadia pulang ke tanah air dengan membawa seribu satu azam.

Di Syarikat Friends Corporation telah menemukan Nadia dengan Syafiq, akauntan hebat syarikat mereka. Namun, untuk melicinkan rancangan balas dendamnya terhadap Tan Sri Khalid, Nadia terpaksa merahsiakan identitinya sebagai pemilik sebenar Friends Corporation daripada sesiapa termasuk ibu, Abang Im dan juga Syafiq. Oleh itu, Nadia memohon jawatan sebagai setiausaha kepada Syafiq a.k.a Lion King! Sikap keras kepala dan suka melawan Nadia menyebabkan Syafiq tertarik untuk menerima Nadia sebagai setiausahanya. Pelik! Namun, di sebalik sikap Si Lion King dan keras kepala Nadia sebenarnya telah menimbulkan satu perasaan halus dalam diri masing-masing tetapi kedua-duanya menafikan. Bagi Nadia, Syafiq telah mempunyai seseorang yang istimewa yang bernama Mia Khaisarah manakala bagi Syafiq, terlalu banyak rahsia dalam diri Nadia yang membuatnya keliru.

Adakah benar Nadia di mata Syafiq hanyalah seorang setiausaha ‘kesayangan’nya sahaja? Bila pula Nadia akan menonjolkan dirinya yang sebenar dan bagaimana dengan reaksi Syafiq? Seterusnya, terbalaskah dendam Nadia terhadap Tan Sri Khalid? Bagaimana pula dengan Johan? Dapatkah dia menerima kebenaran di atas apa yang pernah berlaku ke atas Nadia? Bagaimana pula kisah sahabat baiknya Tiara dan Baby dalam menerajui Friends Corporation? Atau Nadia akan biarkan semuanya berlalu

ari tu time kat MPH Alamanda da tengok novel ni , baca sinopsis macam best dan paling syok buku dia tebal mau tak tido satu hari satu malam nak mengabiskan novel ni ..

tak taulah bila mau beli .. hehehe.. tiap2 bulan puan sharifah nurhidayu je yg membeli novel .. selalu dia beli novel mesti best2 ..hhahaha (jek sikit nanti makcu nak pinjam novel2 dia) ... tunggu respon dia klu rasa novel ni best baru aku beli..

Jaya Jusco Permas Jaya



pagi ni dengan semangat berkobar2 akan ku jejak bangunan di atas tu..
gambor dlm google.. nampak mcm baru je kan .. tp da lama pun wujud JJ tu kat situ
JJ yg paling tenang tak ramai orang .. senang nak cuci mata nak shopping tak boleh..
hehehe... tp ckp jelah kan sebelum sampai memang da janji tak mau beli apa, tapi sekali sampai amik kau!... mintak2 le takde apa2 yg berlaku ye!...hehehe...

ari ni g JJ tapi esok nak buat apa ye???
ermmm rumput di depan dan belakang rumah sudah tumbuh dengan subur
sekolah pagi selalu tak sempat dgn indon yg mesin rumput kat luar ..
jadi dengan cuti yg ada kena lah settled suma ni
klu tidak nanti tak nampak pintu rumah pulak..

Friday, October 21, 2011

Minggu Bakat Tahun Enam 2011












antara pertandingan yg disertai oleh murid2 6C5
tapi kali ni aku tak buat apa2 pun dengan diorg
tak sempat nak latih pasal aku bercuti ari tu
cuma sempat buatkan skrip aje
yg lain2 dengan sir hussin ,teacher azeeta ngan teacher marliza dia
cikgu azilah dok relax goyang kaki
hahaha...

tak sangka berbakat
murid2 yg selalu kena bebel dek aku
nilah ... orgnya
taun ni cikgu azilah tak berapa nak sporting kot
asyik membebel je
hahaha... nak buat mcm mana
budak2 tahun ni berbeza

walau apa pun berbangga dengan hasil kerja diorg
dlm 4 pertandingan 2 pertandingan dapat naib juara
alhamdulilah


tak sabar cikgu nak tunggu keputusan UPSR 14 november nanti
harap2 semua anak murid cikgu jadi JUARA pulak ye!

Serba Salah



dlm kepala tengah merangka2 apa yg dickpkan pada 2 org kakak ni..
sorang da tau .. tapi sorang lagi ni payah sikit
tak tau nak mula tang mana
hati berbelah bahagi
tapi rasa kena berkorban lah

kita tak bole buat banyak keje dlm satu masa
tak menang tangan dibuatnya
hati rasa melonjak2 nak pergi
tapi banyak keje yg menanti
org kata cuti sek tu lama
tp aku rasa pejam celik pejam celik da sampai ke penghujung
2 minggu sebelum cuti berakhir sudah harus kembali semula ke pasir gudang

jadi planning nak g terenganu dgn 2 org kakak ni terpaksa lah dibatalkan
tapi hati berat nak bagi tau
sejak akhir2 ni rasa nya da banyak kecewakan org

tp pun ada x officemate yg call
dia kata da lupa kat member2 sejak bergelar guru
redha jelah tak tau nak ckp macam mana
tak pernah terlintas pun kat hati ni
walau pun jauh walau pun tidak pernah dihubungi
tetapi kawan2 tetap di hati
tak tercapai dek tangan nak puaskan hati semua org

kat anak buah kesayangan pun rasa bersalah jugak
tak taulah bila bole bermalam di ampang
harap along tak amik hati ..hehehe
cuti sek ni akan kuusahakan jugak ke sana..

kawan2 yg lain ... insya Allah klu ada umur kita bertemu februari depan ye!

Klon!




tetiba terjumpa gambor ni ..
time cuti sek bulan 6 ari tu..
tengah siap2 nak g kenduri kawin saudara

ini budak suma nak sama dgn makcu
bila tengok gambor ni
baru sedar
udah tua makcu nihah
hehehe...

Saturday, October 15, 2011

Sunday, October 2, 2011

lamanya tak mengupdate .. rasanya dekat 3 minggu jugak laptop buat hal.. aduhai time keje aku menimbun2 time tu le dia nak rosak .. sian dia .. virus sudah menyerang gara2 sang pen drive yg telah dicemari ..

ari ni dapat laptop mr xyz , bkn bagi terus ye tuan2 dan puan2, bagi pinjam je..tp oklah daripada takde ..

takde apa nak citer pun.. 2 ari ni pergi mencari barang hantaran .. aduh susah g ngan mr xyz yg amat cerewet ni.. sampai masam2 muka dibuatnya... tp nak buat camna ..sabar jelah ..

oklah nak tido dulu .. esok tengah hari kena g ppd ,, kena buat zoning budak2 ke ting 1.. errrmmmm bilalah nak cuti ni..


berita yg mengembirakan 13 okt mak akan berangkat ke Mekah .. moga mak dapat menjalani ibadah dengan tenang dan dikurniakan kesihatan yg baik..amin!