Tuesday, November 20, 2012

UPSR 2012..



berakhirnya tugas aku di SK Kota Masai .. secara rasmi SK Kota Masai melahirkan 73 orang murid yg memperoleh keputusan 5A.. alhamdulillah ..walaupun tidak menepati sasaran yg ditetapkan oleh pihak sek dan jpn .. tapi kami semua berpuas hati .. kami sudah melakukan yg terbaik .. Allah yg menentukan segalanya ..

rasa bahagia sgt bila 34 daripada 38 anak didikku di kelas 6C1 memperoleh keputusan 5A.dan kesemua mereka memperoleh A dlm subjek BM Pemahaman dan penulisan ..

dan paling tidak diduga seramai 23 org anak murid ku di kelas 6C11 berjaya mendapat A dlm kertas BM Penulisan dan seorg dlm BM Pemahaman .. tak sia2 aku menangis bersama2 diorg sejak Januari yg lalu .. tak sia2 darah ku naik hari2 gara2 diorg . nampaknya mereka berjaya menunaikan apa yg aku minta .. buktikan pada semua org walaupun mereka dlm kelompok 4 kelas belakang tapi mereka mampu melakukannya .. Alhamdulillah terima kasih Allah kerana menunaikan impian mereka dan memberikan aku semangat utk terus berusaha...

tanpa rakan2 guru yg lain pasti aku tidak mampu utk melakukan semua ini .. aku ada rakan2 yg tidak jemu memberi semangat,dorongan dan tunjuk ajar semenjak aku mengalas jawatan ini .. hanya Allah sahaja yg mampu membalasnya ..

perasaan sedih utk meninggalkan bumi Kota Masai .. aku tidak mengumpul harta berbentuk material sepanjang 4 tahun aku di sini .. tetapi aku memperoleh harta yg sangat bernilai dan tidak boleh dijual beli iaitu PERSAHABATAN .. hubungan antara aku dan murid2 serta hubungan aku dgn rakan2 guru yg lain .. walaupun berat utk meninggalkan semua yg aku ada disini tetapi aku harus memikirkan masa depan aku sendiri .. semoga Allah merestui pilihan yg aku buat dan sentiasa dipermudahkan segala urusan ..

esok aku menerima surat pertukaran secara rasmi .. dan secara rasmi nya aku tidak lagi berada dlm organisasi yg besar ini lagi .. bersama 168 orang rakan guru dan hampir 3500 orang murid .. satu pengalaman yg amat bernilai dan tidak akan aku lupakan ...

Saturday, November 17, 2012

the vow








yg ni ke along .. macam payah je nak jumpa cdnya.. jadi sila2lah download utk makcu ye...hehe..

the vow








yg ni ke along .. macam payah je nak jumpa cdnya.. jadi sila2lah download utk makcu ye...hehe..

the vow








yg ni ke along .. macam payah je nak jumpa cdnya.. jadi sila2lah download utk makcu ye...hehe..

Friday, November 16, 2012

Aku Terima Nikahnya

ari ni jalan2 g jusco permas sorang2 ..mula2 planning nk dating ngan aida dan anak2nya sekali si huda demam la pulak .. baru niat nk bwk budak2 ngan mak budak tu jalan2 sebelum aku pindah muar .. nampak gayanya tak tercapai le niat tu.. disebabkan memang da setting dlm kepala otak pagi ni g jalan2 ..jadi mood mengemas tu takde ..lepas bakar sampah belakang umah siap2 terus g jusco .. da alang2 mintak izin ngan incik somi kan.semantara ada ruang nak berjalan ni kan .. nanti klu da dok muar tak lepas nak jalan sorang2 ... katanya klu nak ke bandar kena g bandar Batu Pahat .. klu kat Batu Pahat g BP Mall jelah kot.. susah2 klu nak jalan2 aku turun jelah KL .. Rumah persinggahan kat Ampang kan ada.. huhu...

smpai je jusco ..kepalaku sudah pusing ..punyalah ramai org .. opppsss lupa hari ni JCard kat Jusco Permas patut le ramai manusia .. sales pulak sampai 70% .. patutlah ramai kan .. biasalah aku kan cadang nak beli sandals je .. tapi bila sampai terbeli pulak mende lain ... hehe.. ni kena sembunyi ngan incik somi .. memang le dia tak marah tapi malu je kat dia.asyik2 barang aku je yg dibeli ...bila time dia takde.. masalahnya bukan takde niat nak belikan tp incik somiku ni punyalah cerewet .. pilih punya pilih last2 tak beli .. buat sakit ati jekan...

balik rumah dok layan vcd Aku Terima Nikahnya .. aduhai berderai ayaq mata bila tengok citer ni .. touching sungguh .. nasib baik le tengok sorang2kan ...

alololo romantik betul tengok Nora Danish ngan Ary Putra dlm cite ni ... Ending cite ni diakhiri dgn petikan kata2 yg aku suka baca..


'KADANG KALA ORANG YANG PALING MENYINTAIMU ADALAH ORANG YANG TIDAK PERNAH MENYATAKAN CINTANYA PADAMU KERANA ORANG ITU TAKUT KAU BERPALING DAN MENJAUHINYA DAN APABILA SUATU MASA DIA HILANG DARIPADA PANDANGANMU KAU AKAN MENYEDARI DIA ADALAH CINTA YANG TIDAK PERNAH KAU SEDARI "












Thursday, November 15, 2012

Jom Mengemas!!!




hari ni baru boleh mula mengemas barang2 nak pindah , sebelum ni tak berapa nak yakin nk mengemas barang pasal surat tak dapat lagi .. tp Puan GPK kata maybe bulan 12 surat tu sampai .. jadi nak tak nak kena jugaklah berkemas ... tak kan aku nak menghabiskan masa cuti aku kat sini disebabkan surat tu kan .. ni da tak sabar rasa nak balik .. suma sibuk citer makan durian ..huhu.. telan air liur .. da lama tak makan durian kampung amik pulak kat dusun sendiri ..

barang paling banyak adalah buku .. perabot memang takde le .. pasal tau nak pindah randah nanti susah .. tapi bila time beli buku tak ingat pulak susah time nak pindah .. worksheet budak2 ni melambak2 aku fotostat ... tu pun ada yg da bagi kat kawan2.. mana le tau kat sek baru aku tak ngajor thn 6 lagi kan ..

semalam berakhir Hari Anugerah Cemerlang .. selesai satu keje.. skrg tunggu 19 Nov je .. nak tunggu keputusan UPSR keluar .. berdebar2 rasa hati .. takutnya sampai termimpi2 pulak tu .. mimpi tak best pulak tu .. jgn le jadi kenyataan ..

oklah nak sambung mengemas ..

Renungan

Petua Untuk Menjadi Isteri Yang Terbaik

1. Isteri yang cerdik - Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami.

2. Pembantu dalam pengurusan kewangan keluarga - Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping sahaja. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Pengurus dalam segala hal - Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘pengurus’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, dia akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami - Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak - Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak, mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri - Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Ketika suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain, maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej - Kalau suami anda nampak kacak di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus imej diri. Jangan hanya nampak cantik etika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua - Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

Sunday, November 4, 2012

Wanted!!... Keratong Mari!!!


ginilah rupanya incik somi 30 thn akan dtg
hehe.. walaupun begitu tetap menjadi pujaan hati ku..ahaks

Akhirnya !!!


yg ditunggu2 telah pun tiba
ada gembira ada duka
tak terluah dgn kata2

Terima kasih Ya Allah kerana memakbulkan doaku selama ini..
diharapkan aku dapat menjalani hidup rumah tangga seperti pasangan lain..

Insya Allah