Tuesday, November 20, 2012

UPSR 2012..



berakhirnya tugas aku di SK Kota Masai .. secara rasmi SK Kota Masai melahirkan 73 orang murid yg memperoleh keputusan 5A.. alhamdulillah ..walaupun tidak menepati sasaran yg ditetapkan oleh pihak sek dan jpn .. tapi kami semua berpuas hati .. kami sudah melakukan yg terbaik .. Allah yg menentukan segalanya ..

rasa bahagia sgt bila 34 daripada 38 anak didikku di kelas 6C1 memperoleh keputusan 5A.dan kesemua mereka memperoleh A dlm subjek BM Pemahaman dan penulisan ..

dan paling tidak diduga seramai 23 org anak murid ku di kelas 6C11 berjaya mendapat A dlm kertas BM Penulisan dan seorg dlm BM Pemahaman .. tak sia2 aku menangis bersama2 diorg sejak Januari yg lalu .. tak sia2 darah ku naik hari2 gara2 diorg . nampaknya mereka berjaya menunaikan apa yg aku minta .. buktikan pada semua org walaupun mereka dlm kelompok 4 kelas belakang tapi mereka mampu melakukannya .. Alhamdulillah terima kasih Allah kerana menunaikan impian mereka dan memberikan aku semangat utk terus berusaha...

tanpa rakan2 guru yg lain pasti aku tidak mampu utk melakukan semua ini .. aku ada rakan2 yg tidak jemu memberi semangat,dorongan dan tunjuk ajar semenjak aku mengalas jawatan ini .. hanya Allah sahaja yg mampu membalasnya ..

perasaan sedih utk meninggalkan bumi Kota Masai .. aku tidak mengumpul harta berbentuk material sepanjang 4 tahun aku di sini .. tetapi aku memperoleh harta yg sangat bernilai dan tidak boleh dijual beli iaitu PERSAHABATAN .. hubungan antara aku dan murid2 serta hubungan aku dgn rakan2 guru yg lain .. walaupun berat utk meninggalkan semua yg aku ada disini tetapi aku harus memikirkan masa depan aku sendiri .. semoga Allah merestui pilihan yg aku buat dan sentiasa dipermudahkan segala urusan ..

esok aku menerima surat pertukaran secara rasmi .. dan secara rasmi nya aku tidak lagi berada dlm organisasi yg besar ini lagi .. bersama 168 orang rakan guru dan hampir 3500 orang murid .. satu pengalaman yg amat bernilai dan tidak akan aku lupakan ...

No comments:

Post a Comment