Friday, October 28, 2011

2 hari lagi

tinggal 2 hari lagi untuk bersenang lenang dirumah , Isnin da masuk sek semula... selasa da mula peperiksaan akhir tahun .. utk tahun 6 cuma subjek elektif saja .. yg teras guna result time percubaan hari tu , maksudnya kali ni aku cuma menanda kertas KT ngan PJK jelah .. 10 November program sukan dan rekreasi kat Star Hills Kempas. maksudnya minggu depan da kena start cari hadiah dan hamper utk 10 kumpulan ni lah .. 120 org budak yg akan turut serta , tapi bilangan cikgu tak confirm lagi, jadi isu kalau aku tentukan .. biarlah yg arif dan bijaksana yg tentukan ,, cadangnya nak bawak semua cikgu tahun 6, tiba last week dapat tau hanya 15 org guru sahaja yg dibenarkan .. aduhai .. macam manalah nak menjaga budak2 tu nanti , da le suma aktiviti dlm kolam .. aku lak tak pandai nak berenang ..nanti bukan cikgu yg menyelamatkan anak murid, anak murid yg menyelamatkan cikgu ..hehehe...14 November keluar keputusan UPSR, 15 November jamuan akhir tahun dan 19 November adalah penutup dengan Hari Anugerah Cemerlang .. tapi bila bole start bercuti tak tau lagi .tak taulah tahun ni nk buat mcm tahun2 yg sebelumnya kelas tambahan mula awal .. errmmmm cikgu ngan budak2 semua da dlm mood bercuti ni ...

petang ni tak hujan macam selalu , jadi bolelah menyambung mencabut rumput dan menebas lalang di belakang rumah , kat depan da settled tapi rumput dan lalang yg dicabut tak bole nak dibakar pasal basah lagi ..ari2 hujan kat pasir gudang nihah .. baru perasan aku takde lighter rupanya , abis tu tak kan nak cucuh surat kabor kat dapur gas berlari bawak ke depan pulak ,,mau terbakar rumah ni kang ..hahaha..

baiklah bergerak sekarang , tadi en xyz da bertanya da siap ke rumput dan lalang kat rumah tu ??... siap pesan lagi jgn asyik melingkor je .. hahaha... mcm dia tau jekan..

No comments:

Post a Comment