Tuesday, April 26, 2011

Marilah Mari!

marilah mari kita mengundi opppss silap ,lambat lagi nak pilihan rayanya weh!.. belum sampai masa lagi .. belum dengar ura2 gaji nak naik, jadi maksudnya belum pilihanraya lagi lah tu .. betul ke macam tu??.. ntahlah maybe kebetulan, aku dengar ni pun daripada cikgu2 senior sekolah tu.. tak kisahlah naik ke tak naik , yg penting kita menunaikan kewajipan kita ..

aku tengah gigih menanda kertas ni,ari ni hari pertama Ujian Gerak Gempur 2 .. ginilah gayanya klu udah ngajor tahun 6, memang tiap2 bulan lah ujian nya .. tiap2 arilah menandanya .. tp tak kisah , aku enjoy je ngan apa aku buat skrg .. cikgu kena usaha lebih daripada murid .. kena kuatkn semangat utk menanda tu .. yelah da paksa budak buat latih tubi hari2 .. tak kan nak biar jekan bukunya tak bertanda.. tp alhamdulilah setakat ni dlm tempoh menghampiri bulan ke 5 ni berkat latih tubi yg diberi murid2 sudah memahami format nya macam mana cuma tinggal digilap je lagi .. berdasarkan kertas diorg kali ni nampak perubahan besar bagi kedua2 kelas .. lega rasa hati walaupn bukan semua tp rasa bersyukur sangat kerana penat lelah selama ni rasa terbalas .. tapi cuma satulah agak kecewa dengan seorg murid lelaki ni .. aku tak tau apa masalah dia .. penyakit malas dia memang payah nak ubah .. ari isnin ari tu da puas rasanya ingatkan diorg jangan tinggal walau satu soalan pun , cikgu tak marah klu jawapan yg ditulis salah tp yg penting ada daya usaha .. tp kalau tinggal kosong tanpa dijawab .. betapa kecewanya hati cikgu .. bimbang klu UPSR nanti macam tu jugak dia lakukan .. kalau itulah yg berlaku maka akulah penyumbang E dalam slip UPSR dia nanti... nauzubillah mintak2 dijauhkan ..

mood malam ni : sedikit sedih dan kecewa :(

No comments:

Post a Comment