Wednesday, April 6, 2011

Issskkkhhh....terharunya!



Hari ni dengan rasminya berakhirnya tugas aku sebagai guru pebimbing utk dua org guru pratikum dari IPTI.. tengah hari tadi ada penyeliaan bersama ngan pensyarah dari IPTI.macam tak percaya je ,aku jadi guru pembimbing, harap2 terbimbing lah budak 2 org ni..yelah aku ni bukan terror sangat pun .. tp aku usaha jugak nak bagi tip2 yang berguna pada diorg ..yelah aku nikan kadang2 bz lah jugak,sampaikan tak cukup masa nak pantau diorg .. rasa bersalah jugak pasal utk bimbing diorg ni aku dapat elaun ..so kenalah buat sehabis baik kan, kalau tak , tak berkat pulak duit yg masuk dlm akaun aku tu nanti .. hehehe...

dalam tempoh 16 januari sampai le 15 april nanti aku bersama dengan diorg,aku cuba utk jadi pembimbing yg baik utk diorg .. pasal aku tak nak kesengsaraan yg aku lalui selama 3 bulan berpratikum dulu terjadi pada diorg .. alhamdulillah..rasanya agak berjaya bila dengar komen dari diorg selepas penyeliaan tadi .. terharu dengar bila ada org menghargai apa yg telah kita lakukan.. yelah kita ni kan bukan kategori cemerlang kan, kalau tak tak kan le ada cikgu yg satu batch ngan aku dulu bole mengeluarkan kata2 'macam takde keje je' kat aku kan.. panas hati gak dengar kan.. takpelah klu itulah penilaian yg dia bole buat .. biarlah hanya Allah sahaja yg membalasnya.. Insya Allah!

No comments:

Post a Comment