Monday, November 21, 2011

Macam2

Kisah di sebalik RM 100 1. Seorang suami sangggup memukul isteri. 2. Ibu bapa bercuti. 3. Pelajar yang tidak pernah hadir ke sekolah, mula bersekolah, 4. Pelajar yang tidak pernah bersekolah mula memohon untuk bersekolah. 5. Guru disindir oleh ibu bapa kerana lambat memberi RM 100, tidak seperti di bank, cepat. 6. Ibu bapa datang awal ke sekolah seawal 6.30 pagi. Pukul 10.00 pagi Pengetua dan Guru Besar masih berada di bank. 7. Ibu bapa persoalkan kenapa duit lebihan semalam tidak disimpan di sekolah. Supaya senang pada awal pagi mereka dapat mengambilnya. Ibu bapa perlu faham prosedur menyimpan wang di sekolah. 8. Ada yang menyindir supaya guru-guru guna duit sendiri dahulu sebelum Pengetua dan Guru Besar balik dari bank. 9. Di dalam aduan Harian Metro, seorang bapa persoalkan kenapa pelajar Tingkatan 5 pada tahun ini tidak dapat RM 100. Sedangkan kalau anaknya berjaya dapat keputusan cemerlang di dalam SPM, meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, anaknya akan dapat baucer RM 200. 10.Jalan raya sesak di kawasan yang ada sekolah. 11.Kedai 'hand-phone' bertambah pelanggan. 12.Kedai makan menerima pengunjung di luar jangka.

Sunday, November 20, 2011

Aduhai!!!..

Muhyiddin umum pemansuhan projek rintis pengajaran 9 jam 2011/11/19 LABUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan projek rintis pengajaran sembilan jam yang sepatutnya bermula di empat negeri, tahun depan. Timbalan Perdana Menteri berkata, ketetapan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan di kalangan guru, selain tidak mahu menambah beban sedia ada. Katanya, ketetapan itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Abu Bakar Abdullah). Beliau berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Labuan di sini, sebentar tadi. Roland Mersing saya sangat tak setuju program ini dibatalkan. Ini kerana kita (penjawat awam lain) kerja 9 jam. So apa salahnya guru kerja 9 jam. Anak2 kita pun selamat boleh duduk di sekolah dari pukul 8am-5pm. Boleh kurangkan masalah sosial anak2 kita semua kerana guru boleh pantau mereka disekolah. Kita pun xpayah risau anak kita buat apa bila kita tengah kerja.. Sepatutnya program ini diteruskan. Masalah pembantu rumah pun boleh selesai..Xpayah ambil pembantu rumah lagi untuk jaga anak. Cikgu boleh tengokkan kat sekolah.So, kerajaan xperlu mintak maid dari indonesia lagi. Banyak benda boleh settle kalau kerja 9 jam diteruskan..Mintak kerjasama NGO tolong buat bantahan. kerana ini boleh menyusahkan kita penjawat awam yang lain. Sekian terima kasih. matteo Guru sepatut bertugas selama 9 jam, sama seperti penjawat awam yang lain.Guru terlalu banyak rehat jika dibandingkan dengan kakitangan kerajaan dan pekerja swasta yang lain.Mereka mempunyai cuti penggal/semesta yang panjang selain cuti umum.Kerja jam 7.00am balik jam 1.00pm. Sepatut guru lah yang bekerja lebih masa, sebab tugas mereka mendidik budak-budak dari peringkat tadika hingga ke universiti. Mendidik supaya seseorang itu supaya menjadi orang berilmu dan pintar memerlukan tumpuan yang serius dan padat dengan jadual-jadual pembelajaran sepenuh masa. ZEK Guru adalah golongan yang paling suka mengeluh dan komplain, semua orang pun tahu hakikat ini TAK IRI Betul kata Roland Mersing... bila guru tak kerja di sekolah hingga jam 4.30 ptg, ia boleh menyusahkan kita penjawat awam yang lain. Anak2 kita terabai & tak tau apa mereka buat sbb kita masih kat pejabat. Guru balik kerja separuh hari rehat aje...kita penjawat awam lain masih bekerja keras kat pejabat...Ini betul2 tak adil. RAMAI BETUL ORANG TAK PUAS HATI KAN???... HARAP2 INSAN YG TAK PUAS HATI TU DIPERSILAKAN DGN SEGALA HORMATNYA KE SK KOTA MASAI .. CARI SEK BESAR MCM SEK KAMI NI .. NGAJAR KAT SINI SEMINGGU PUN JADILAH YE.. PASTU BARU BOLEH BAGI PANDANGAN MASING2 .. BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MENGALAS..

Friday, November 18, 2011

UPSR 2011 ~ 17 Nov 2011

alhamdulillah segala persoalan terjawab jugak .. dengan rasmi tepat pukul 7.00 pagi GB umumkan keputusan rasmi UPSR 2011 dlm bilik mesyuarat .. tersenyum lebar GB dlm meeting kali ni .. seramai 82 orang calon mendapat 5A dan 62 orang mendapat 4A1B.. keputusan yang tidak dijangka .. SKKM mendapat ranking pertama mendapat keputusan cemerlang di Pasir Gudang dan ranking kedua di negeri Johor , kalah seorg calon daripada SK Bdr Baru Uda.. lega rasanya bila keputusan da keluar , mcm2 karenah budak2 sementara menantikan keputusan .. tergambar muka cuak diorg .. time nilah yg ada nak buka Yassin .. aduhai.. mcm2 karenah.. rasa puas hati sangat pasal aku berjaya menyumbang 2A kepada murid ku ini .. kelas 6C5 hanya seorang sahaja calon yg mendapat 5A dan 14 orang 4A1B, tapi sedih jugak bila ada murid yg rajin dan aku target cuma dapat 3A sahaja.. mungkin sudah tertulis rezeki masing2 .. harap2 mereka tidak berputus asa..dan yg paling membanggakan kelas aku mencatat keputusan tiada murid yg memperoleh C dalam penulisan .. alhamdulillah ..lega sangat .. kombang lubang idung bila tengok dari 6C1 sampai 6C6 ada murid yang memperoleh keputusan C dlm penulisan kecuali 6C5 .. berbaloi2 cikgu jerit dan mengamuk hari2...hehehe... anak murid di 6C9 juga turut mengembirakan dan menyenangkan hati aku .. daripada 34 orang , 18 orang dapat A dlm kertas penulisan .. suma cikgu cakap budak2 ni sayang cikgu azilah lebih berbanding cikgu lain .. haha..tergelak besar bila dengar mcm tu .. padahal kat kelas aku ni mak tiri no 2 selepas Roy ..hehe.. senang hati bila ramai yg ikut apa yg aku pesan dan ingat apa yg aku ajar .. dan yg paling manis .. semua murid 6C9 lulus dlm kedua2 kertas ... lega si Wilson boleh lulus ..dan paling aku tak percaya si Alif Nuzul Haqim boleh dapat A dlm kertas penulisan .. teringat dulu siap2 naik penampar ke muka pasal dia tak nak jawab kertas aku .. puas pujuk puas merayu puas dipuji barulah dia nak jawab waktu ujian .. dan hasilnya inilah .. siap semalam berlari kat aku menayang kertas ... Alhamdulillah ..cikgu tak perlukan apa2 hadiah , kejayaan anak murid menjadi hadiah paling bermakna.. Terima Kasih Allah .. jadi 2 hari ni kena siapkan semua kerja , isnin hantar semua kerja kat pejabat dan pergi membeli hadiah untuk Hari Anugerah Cemerlang Januari nanti .. hari Rabu sudah mau berangkat pulang .. da tak sabar nak tunggu mak balik .. Selamat Bercuti Semua.. 19 Disember 2011 ... sudah mula berkerja !!...

Wednesday, November 16, 2011

Khabar Angin!

82 orang ... Ranking Pertama di Pasir Gudang!!!... aduhai betul ke ni ... sana sini sms menyebarkan berita .. klu betul SKKM da pecah rekod tahun lepas.. 2010 - 74 orang 2011 - 82 orang .. alhamdulilah .. cikgu doakan yg terbaik untuk anak2 didik cikgu 17 November 2011.. UPSR ...

Tuesday, November 15, 2011

terguris rasa hati bila anak didik menulis mcm ni .. terpulanglah pada anak murid mcmana penilaian mereka terhadap gurunya.. aku menegur perkara yg betul , nak betulkan kesalahan yg telah mereka lakukan .. dah jelas tindakan yg mereka lakukan mendatangkan bahaya kepada rakan yg lain .. bergaduh siap baling2 kerusi sampai bengkak tgn kawan dibuatnya.. mana cikgu boleh bersabar .. klu lelaki yang buat mcm tu takpe lagi, ni budak perempuan .. aduhai budak2 zaman skrg .. Facebook digunakan utk mengutuk cikgu, melahirkan rasa tidak puas hati walaupun sudah terang dan nyata tindakan yg mereka lakukan adalah salah .. semalam buat muka bila aku masuk kelas , hari ni datang dgn ayahnya amik duit bantuan RM100 pun tunjuk muka protes .. takpelah .. cikgu redha dan mengakui kesalahan cikgu sekiranya tindakan cikgu menegur kawannya adalah satu kesalahan!...

Tuesday, November 8, 2011

Hamper Oh Hamper

hari ni pukul 9.30 da kuar g JB ..alang2 masih lagi bercuti raya jadi amik peluang ari ni g beli hamper utk program kat Starhill minggu depan .. dekat pukul 11 jugaklah sampai ke kilang Appolo ni .. tapi nasib baik ari ni highway pasir gudang tak berapa nak jam ... klu tak mau penat gak le nak menunggu terutama bila sampai area Tmn Daya tu .. kadang2 jam tak gerak2 .. kat bahagian depan kilang ni ada bukak kedai jual barang2 keluaran Appolo .. murah yg amat berbanding klu g beli kat econsave atau tesco extra .. budget 250 beli barang utk hamper .. penuh keta aku dibuatnya .. pastu balik singgah Tesco Extra, singgah Kaher kat Johor Jaya pastu balik Kota Masai beli bakul dan riben .. sampai umah Niza pukul 2.00 .. pastu sampai umah dia terus bungkus hamper .. terkial2 tangan dibuatnya .. almaklumlah selalu beli yg da siap je kan .. dekat pukul 4 sampai rumah .. aduhai penatnya , balik umah layan Bella pastu melarat2 pulak nengok citer indon .. aduhai mengadap TV memang tak jadi keje.. alhamdullilah lega rasa hati bila satu keje da settled .. esok lusa kena g Agsana nak beli hadiah utk Hari Anugerah Cemerlang .. nk kekalkan tradisi seperti tahun sebelum2 nya .. kena lah pergi cari buku kat Badan ... akhir tahun pun program masih banyak lagi tak settled .. 19 November da start cuti sampai le 18 Disember genap sebulan da kena kembali ke sekolah .. klu kat Johor ni memang cikgu kena bertugas di sekolah selama 2 minggu dlm tempoh bercuti .. bila dengar 19 Disember da kena bertugas .. rasa nak nangis pun ada .. sempat tak aku nak uruskan semua mende .. aduhai.. harap2 semua berjalan lancar .. kena susun jadual betul2 ni ...

Monday, November 7, 2011

ADA SESIAPA YG SUDI NK SPONSOR ??????

Nak abis dah!!!!

minggu ni last citer ni .. jadi minggu depan semua org bole duduk umah dgn tenang ye .. tak tau lah apa pengakhiran citer ni .. walaupun kdg2 rasa menyampah nk tengok citer ni .. pasal menyampah dgn si fiona dan geram dgn soffiya yg punyalah sabar ..hahaha.. kt sek pun ramai yg minat tengok citer ni , klu sebelum balik tu mesti semua berpesan nanti ptg jgn lupa tengok citer ni .. ada jugak yg bercite gara2 citer ni ada sang suami yg da berbunyi .. almaklumlah penangan citer ni ..masak utk makan malam semua da jadi awal ,pastu time maghrib pulak ,belum lagi azan telekung da disarung ..aduhai parah jugak ye .. sampaikan kak jakiah da berpesan jgn terkejar2 nak sembahyang magrib sampai terniat sembahyang kerana nak tengok soffiya sudah.. hahah.. tak kan le mcm tu sekali kan .. jadi minggu ni , kena get ready pukul 6.30 da kena mandi , azan pulak kat sini awal, so siap2 semua ,masuk waktu kita sembahyang ye.. hehehe.. apa kesudahan nya .. sama2 kita tunggu !!!

Mcm Best je!

nak beli yg mahal2 smpai ribu riban tak mampulah pulak .. duit yg ada nak digunakan ke tempat lain .. tengah pening pale ..mcm mana nak uruskan semua bagi cukup .. aduhai .. agak2 ada orang2 di luar sana nak sponsor saya tak ??... (dush penumbuk ke muka!!!!...)

DSC-W570 : W Series : Digital Still Camera : Sony Malaysia

DSC-W570 : W Series : Digital Still Camera : Sony Malaysia

penawar jiwa dan hati dan lara kerana tak dapat nak g terengganu akhir tahun nanti, jadi duit yg telah dikumpul bersama2 kak sham ngan kak ayu akan kuguna dengan mendapatkan ini!..hehe..

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Selamat Hari Raya Aidil Adha, Selamat Hari Raya Qorban utk semua.. tahun ni tahun ke dua beraya haji di Johor, tahun lepas beraya bersama Siti Khadijah kat Jalan Jambu .. tak le sedih sangat pasal ada member .. siap masak rendang, rebus ketupat ngan kuah kacang .. pastu siap antar kat Donna ngan mak dia lagi .tp tahun ni dok sorang2 tak bersemangat nak buat apa .. tadi pergi econsave da lambat ..pukul 10.30 baru sampai ..masuk je pintu econsave tengok punyalah ramai org , nak amik barang pun semua berebut2.. tiba2 jadi blur nak beli apa .. nak beli ayam pun tak dapat pasai org berebut2 .. dah le beratur panjang nak timbang ..dekat setengah jam gak tadi nak menimbang barang padahal ada bukak 4 kaunter timbangan , aduhai ramai btol org kat sini .. mesti ramai yg tak balik kg pasai cuti kejap .. tak sempat nak balik .. tahun ni raya sorang2 terasa gak .. yelah mak pun takde kat sini .. dlm kepala otak tu pikir macam2 .. aduhai sedihnya , tambah lak tadi pas maghrib dengar lak takbir hari raya ..makin syahdu lak rasanya ... diserikan lagi dgn msg si dayah .. mak masak rendang ngan laksa kat umah .. makcu masak apa???.. aduh.. dia ckp lagi abah tengah membebel pasal makcu ngan pakwe tak balik .. nasib baik ada org backup makcu ... heheeh.. tapi org2 kat kampung risau aku balik beraya ke keratong .. aduhai .jgn le risau , belum sampai masa lagi pun .. klu lah nak balik beraya confirm le nak balik beraya kg sendiri kan .. aduhai .. lambatnya nak tunggu mak balik ni ... lega dengar bila adik ckp mak sihat kat sana .. insya Allah semoga mak, long ngan abg long dapat menjalani ibadah haji dengan baik .. semoga mereka mendapat haji yg marbur.. Selamat Hari Raya Qorban .. Tahun ni sekali lagi aku korbankan hati dan perasaan .. beraya di perantauan ...

Tuesday, November 1, 2011

1.11.11

2 hari yg memenatkan .. start dari semalam lagi pas abis sekolah berkejar ke Star Hills Kempas, ni gara2 seorang cordinator yg tak bertanggungjawb .. kelam kabut dibuatnya pasal program sukan & rekreasi budak2 tahun 6 da confirm nak buat pada 10 nov nanti.. ingatka dlm minggu ni da siap2 nak antar kertas kerja dan surat kebenaran ke PPD dan beli hadiah dan hamper suma.. pasal minggu depan da takde masa,masuk sek ari rabu,khamis da nak g .. yg buat aku geram sikap tak bertanggungjawab sales cordinator kat Star Hills nilah .. aku da contact dia since 3 minggu lepas pasal nak confirm pasal ni .. da le tgu dia fax quotation punyalah lama dan sampai ke sudah memang takde, da call tp dia bz meeting tunggu return call pun takde, da sms jugak, tp still takde balasan , last2 semalam baru dapat bercakap ngan dia , dia kata dia da resign sebulan yg lalu ... eeeiiiii gerammnnnnyaaa!!!!
mcm lah aku dulu tak buat keje ni suma kan .. klu kat office dulu klu perangai mcm ni memang da lama lah kena mengadap mr lim ..hahaha... nape aku call dan sms dia , dia tak ckp dia da resign da suruh contact office .. itu tak ke nama nak menyusahkan org ... gelabah jugak dibuatnya ..jadi amik keputusan semalam balik sek terus g sana ..dah le meredah highway Pasir Gudang punyalah lama ..sampai kat sana sales cordinator yg lain bercuti pulak . jadi takde org yg bole attend customer... geram gila..padahal da siap call manager dia , manager dia yg soh dtg office... geram dgn org buat keje main2 .. hari ni pulak baru dpt bercakap dgn PIC ..dia ckp tarikh tu da ada org booking .. aduhai pening kepala .. da terbayang2 aku nak cancell je program ni dan pulangkan balik duit budak2.. pasal da takde masa lagi .. last2 amik keputusan nak tunda ke 16 Nov.. jadi ari ni berangkat lagi ke Kempas nak berjumpa dgn Cik Najiha .. last2 sekali da kira confirm .. dan yg paling menghairankan diorg bole bagi package utuk murid dan guru RM 20 siap dengan makan dan 3 games... padahal masa berurusan dgn si mamat yg da resign ni dia ckp Star Hills tak bole bagi package budak sek RM 25.. errrmmmm tak ke menyirap dengan .. duit da kutip suma .. jadi senang citer , banyak cost yg kena tarik balik .. nak bagi cukup semua ... harap2 pasni takde masalah lagi yg berlaku .. ni pun jadi satu pengajaran ... pas ni kena berhati2 bila nak berurusan ..

tp yg paling tak best esok kena mengadap GB nak tunjuk kertas kerja baru.. masuk yg ni da 4 kali aku mengadap dia..tensen!

sekian terima kasih!