Friday, November 18, 2011

UPSR 2011 ~ 17 Nov 2011

alhamdulillah segala persoalan terjawab jugak .. dengan rasmi tepat pukul 7.00 pagi GB umumkan keputusan rasmi UPSR 2011 dlm bilik mesyuarat .. tersenyum lebar GB dlm meeting kali ni .. seramai 82 orang calon mendapat 5A dan 62 orang mendapat 4A1B.. keputusan yang tidak dijangka .. SKKM mendapat ranking pertama mendapat keputusan cemerlang di Pasir Gudang dan ranking kedua di negeri Johor , kalah seorg calon daripada SK Bdr Baru Uda.. lega rasanya bila keputusan da keluar , mcm2 karenah budak2 sementara menantikan keputusan .. tergambar muka cuak diorg .. time nilah yg ada nak buka Yassin .. aduhai.. mcm2 karenah.. rasa puas hati sangat pasal aku berjaya menyumbang 2A kepada murid ku ini .. kelas 6C5 hanya seorang sahaja calon yg mendapat 5A dan 14 orang 4A1B, tapi sedih jugak bila ada murid yg rajin dan aku target cuma dapat 3A sahaja.. mungkin sudah tertulis rezeki masing2 .. harap2 mereka tidak berputus asa..dan yg paling membanggakan kelas aku mencatat keputusan tiada murid yg memperoleh C dalam penulisan .. alhamdulillah ..lega sangat .. kombang lubang idung bila tengok dari 6C1 sampai 6C6 ada murid yang memperoleh keputusan C dlm penulisan kecuali 6C5 .. berbaloi2 cikgu jerit dan mengamuk hari2...hehehe... anak murid di 6C9 juga turut mengembirakan dan menyenangkan hati aku .. daripada 34 orang , 18 orang dapat A dlm kertas penulisan .. suma cikgu cakap budak2 ni sayang cikgu azilah lebih berbanding cikgu lain .. haha..tergelak besar bila dengar mcm tu .. padahal kat kelas aku ni mak tiri no 2 selepas Roy ..hehe.. senang hati bila ramai yg ikut apa yg aku pesan dan ingat apa yg aku ajar .. dan yg paling manis .. semua murid 6C9 lulus dlm kedua2 kertas ... lega si Wilson boleh lulus ..dan paling aku tak percaya si Alif Nuzul Haqim boleh dapat A dlm kertas penulisan .. teringat dulu siap2 naik penampar ke muka pasal dia tak nak jawab kertas aku .. puas pujuk puas merayu puas dipuji barulah dia nak jawab waktu ujian .. dan hasilnya inilah .. siap semalam berlari kat aku menayang kertas ... Alhamdulillah ..cikgu tak perlukan apa2 hadiah , kejayaan anak murid menjadi hadiah paling bermakna.. Terima Kasih Allah .. jadi 2 hari ni kena siapkan semua kerja , isnin hantar semua kerja kat pejabat dan pergi membeli hadiah untuk Hari Anugerah Cemerlang Januari nanti .. hari Rabu sudah mau berangkat pulang .. da tak sabar nak tunggu mak balik .. Selamat Bercuti Semua.. 19 Disember 2011 ... sudah mula berkerja !!...

No comments:

Post a Comment