Wednesday, March 31, 2010

Sajak Oh Sajak!!

Mlm ni menjadi satu kegilaan mencari koleksi sajak yg menarik ..
dan hasilnya itulah yg tercatat di entri yg dibawah ..

Kau Kirimkan..


kau kirimkan padaku
sepucuk surat
tapi yang kubaca adalah
:suaramu!

kau kirimkan padaku
sebuah mimpi
tapi yang kutatap adalah
:wajahmu!

kau hidangkan padaku
segelas air
tapi yang kuhirup adalah
:cinta-MU!

Manusia

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...

Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik

Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana kita tahu ...
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya

Mana kita tahu ...
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Mana kita tahu ...
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya

Kimia Cinta


Kata orang
Kalau mata bertemu mata
Hati pula berdegup kencang
Wujud kimia cinta

Kata orang
Kimia cinta jadi bukti
Dua hati
Satu perasaan yang sama-sama tersirna

Kata orang
Pabila wujud kimia cinta
Banyak benda yang sama
Banyak perkara yang serupa
Hingga ramai yang kata
Sudah jodoh nampak gayanya

Kata orang lagi
Bila kita suka seseorang
Akan wujud kimia cinta
Kalau dia juga suka akan kita
Tapi sejauh manakah benarnya kimia cinta
Menjadi bukti cinta sejati
Menjadi azimat kasih hakiki
Atau sekadar pesona cinta ciptaan sendiri…

Gelodak Jiwa

Diam seribu bahasa
Tanpa ada jawabnya
Ada sesuatu yang menggolak jiwa atma
Langsung kelu lidah berbicara
Atau aku yang membuat angkara?
Lantas kau bermuram durja?
Bolehkah aku tahu apa puncanya?

Ikhlas dari dalam jiwa
Gembira aku amat tak terhingga
Aku seperti tak percaya
Benarkah aku dapat massage daripada anda
Apa hajat disebaliknya?
Ada masalahkah yang melanda
Bergelorakah jiwa anda di sana
Justeru izin kongsikan bersama

Tuesday, March 30, 2010

Ala tomeinya..

Muhammad Danish Khalif Bin Mohd Hafizan

Insan baru yang hadir dlm hidup aku .. dilahirkan pada 18 Mac 2010 pada pukul 10.30 pagi di Hospital Sungai Buloh...

Cute sangat anak sedara makcu ni ... sorrylah sayang makcunya tak sempat lagi nak mnjenguk danish .. nasib tak berapa baik pasal danish lahir time makcu nak abis cuti...

Anyway , semoga danish akan menjadi insan yg berguna, membahagiakan ayah dan ibu, membanggakan semua.. Insya Allah..

Wednesday, March 10, 2010

Dalam Hati Ada Taman Bunga

ada bunga???... huhuhu... banyaklah punya bunga..
sejak akhir2 ni hati ku kembali berbunga..
meriah, ceria dan segar ..
moga apa yg aku rencanakan akan menjadi kenyataan
dengan izinNya.. insya allah..