Monday, April 25, 2011

Bikin Panas!!!

petang tadi pas penat menanda buku, aku ngan cik hsemate bercadang nak g jogging .. mula2 rasa agak malas .. yelah 2011 ni belum sekali pun kaki aku menjejak ke Bukit Layang2.. almaklumlah selalunya seperti thn2 lepas memang acara wajib sekurang2 nya seminggu sekali aku ngan donarita akan pergi ke sana .. setakat seround jelah yg aku mampu , masuk round ke 2 kaki ni tak terangkat dah .. hehehe..almaklumlah umur pun da masuk kategori veteran ..

jadi hari ni dengan semangat berkobar2 aku dan cik hsemate bersiap2 lah nak .. kalau nk g Bukit Layang2 ni kena u-turn dulu dari Bestari Perdana.. tengah u-turn tetiba dtg sebuah kancil kasi pancung kitorg punya jalan .. nasib baiklah cik hsemate yg drive , mengucap panjang dibuatnya .. apalah punya org , punyalah tak sabar nak tunggu turn dia sesedap rasa je buat macam tu .. kalau tak sayang nyawa sendiri takpe tapi pikirkan nyawa org lain.. tak sampai 5 minit belum sampai lagi ke Jln Bachang , tengok keta kancil tadi tu da berasap , hati2 berdebar2 bila tengok keta tu da berasap .. sekali bila kami lalu je .. tengok ada sebuah motor kat bawah keta dia ngan seorg lelaki tua yg terbaring.. terkejut gila dibuatnya .. kitaorg pun berenti niat nak tolong pakcik tu .. bukak je pintu keta nampak ada sorang abg tu da berlari mengejar pakcik tu .. mengeletar lutut aku bila tengok kepala pakcik tu berdarah .. tengah panik masa tu tak ingat nak buat apa dah .. so aku pun terus dail no telefon balai polis sciente.. pastu hsemate yg bercakap pasal aku dah tak leh nak ckp apa lagi da.. bdn da seram sejuk , cik hsemate pun bgtaulah polis pasal kemalangan ni .. tau tak apa jawapan dr polis tu .. dia tanya ada yg meninggal tak??.. pastu cik hsemate ckp takde yg meninggal tp cedera parah lah .. pastu bole pulak polis tu cakap takpelah biar diorg settled sendiri dan letak telefon .. kureng asam btollah .. bila dengar mcm tu kitaorg pulak yg angin ... bole pulak dia bercakap mcm tu.. klu aku yg bercakap tadi memang aku caraskan .. aku nak je jawab buat masa sekarang takde siapa lah yg meninggal tp tak taulah lima minit lagi... gggrrrrr.. geram je aku!!!....

tak lama selepas tu , makin ramai org yg datang , bila da tengok ramai yg dtg kitaorg pun teruskan niat kitaorg nak ke Bukit Layang2 dgn perasan yg membara .. dlm keta dua2 org dok membebel.. itulah sikap manusia kan?... harap2 pakcik tadi tu selamat dan tak mengalami kecederaan yg serius..

ermmm setiap minggu ada je kemalangan kat kota masai ni ,.. rasa takut lak nak keluar ..moga perjalanan aku di sini sentiasa dilindungi olehNya. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment