Saturday, January 28, 2012

Welcome Back!

berbulan2 da rasanya tak menjengah blog .. alhamdulilah ...akhirnya encik lappy da bernyawa kembali .. lega rasanya .. da yg paling happy semua file dan gambor2 lama selamat .. gembira tak terkata .. file tu takpe lagi .. bole cari dan buat semula.. tapi gambar .. memang tak dapatlah .. banyak kenangan kat situ .. pasni kena beringatlah ... baru sampai dr kluang .. semalam satu hari mencari barang kat ayer hitam , hari ni sambung g Johor Premium Outlet kat Senai .. biasalah en xyz punyalah cerewet nak cari barang dia .. semua nak tunggu last minit .. betullah semua org ckp klu g JPO memang cuti mata jelah .. yelah mana le mampu nak beli .. harga paling murah tiga digit sampai le ribu riban ..finally jumpa jugak kasut dia .. tu pun selepas buat muka mogok.. huhu... isnin da nak sekolah .. keje ada lagi tak siap ni .. aduhai .. mengigil lutut nak tunggu hari sabtu ... pertama kali dlm idup nak kena berucap masa taklimat ibu bapa tahun 6 .. teks ucapan pun tak prepare lagi ni... apalah nk dicakapkan ni .. aduhai ...

Monday, November 21, 2011

Macam2

Kisah di sebalik RM 100 1. Seorang suami sangggup memukul isteri. 2. Ibu bapa bercuti. 3. Pelajar yang tidak pernah hadir ke sekolah, mula bersekolah, 4. Pelajar yang tidak pernah bersekolah mula memohon untuk bersekolah. 5. Guru disindir oleh ibu bapa kerana lambat memberi RM 100, tidak seperti di bank, cepat. 6. Ibu bapa datang awal ke sekolah seawal 6.30 pagi. Pukul 10.00 pagi Pengetua dan Guru Besar masih berada di bank. 7. Ibu bapa persoalkan kenapa duit lebihan semalam tidak disimpan di sekolah. Supaya senang pada awal pagi mereka dapat mengambilnya. Ibu bapa perlu faham prosedur menyimpan wang di sekolah. 8. Ada yang menyindir supaya guru-guru guna duit sendiri dahulu sebelum Pengetua dan Guru Besar balik dari bank. 9. Di dalam aduan Harian Metro, seorang bapa persoalkan kenapa pelajar Tingkatan 5 pada tahun ini tidak dapat RM 100. Sedangkan kalau anaknya berjaya dapat keputusan cemerlang di dalam SPM, meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, anaknya akan dapat baucer RM 200. 10.Jalan raya sesak di kawasan yang ada sekolah. 11.Kedai 'hand-phone' bertambah pelanggan. 12.Kedai makan menerima pengunjung di luar jangka.

Sunday, November 20, 2011

Aduhai!!!..

Muhyiddin umum pemansuhan projek rintis pengajaran 9 jam 2011/11/19 LABUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan projek rintis pengajaran sembilan jam yang sepatutnya bermula di empat negeri, tahun depan. Timbalan Perdana Menteri berkata, ketetapan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan di kalangan guru, selain tidak mahu menambah beban sedia ada. Katanya, ketetapan itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Abu Bakar Abdullah). Beliau berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Labuan di sini, sebentar tadi. Roland Mersing saya sangat tak setuju program ini dibatalkan. Ini kerana kita (penjawat awam lain) kerja 9 jam. So apa salahnya guru kerja 9 jam. Anak2 kita pun selamat boleh duduk di sekolah dari pukul 8am-5pm. Boleh kurangkan masalah sosial anak2 kita semua kerana guru boleh pantau mereka disekolah. Kita pun xpayah risau anak kita buat apa bila kita tengah kerja.. Sepatutnya program ini diteruskan. Masalah pembantu rumah pun boleh selesai..Xpayah ambil pembantu rumah lagi untuk jaga anak. Cikgu boleh tengokkan kat sekolah.So, kerajaan xperlu mintak maid dari indonesia lagi. Banyak benda boleh settle kalau kerja 9 jam diteruskan..Mintak kerjasama NGO tolong buat bantahan. kerana ini boleh menyusahkan kita penjawat awam yang lain. Sekian terima kasih. matteo Guru sepatut bertugas selama 9 jam, sama seperti penjawat awam yang lain.Guru terlalu banyak rehat jika dibandingkan dengan kakitangan kerajaan dan pekerja swasta yang lain.Mereka mempunyai cuti penggal/semesta yang panjang selain cuti umum.Kerja jam 7.00am balik jam 1.00pm. Sepatut guru lah yang bekerja lebih masa, sebab tugas mereka mendidik budak-budak dari peringkat tadika hingga ke universiti. Mendidik supaya seseorang itu supaya menjadi orang berilmu dan pintar memerlukan tumpuan yang serius dan padat dengan jadual-jadual pembelajaran sepenuh masa. ZEK Guru adalah golongan yang paling suka mengeluh dan komplain, semua orang pun tahu hakikat ini TAK IRI Betul kata Roland Mersing... bila guru tak kerja di sekolah hingga jam 4.30 ptg, ia boleh menyusahkan kita penjawat awam yang lain. Anak2 kita terabai & tak tau apa mereka buat sbb kita masih kat pejabat. Guru balik kerja separuh hari rehat aje...kita penjawat awam lain masih bekerja keras kat pejabat...Ini betul2 tak adil. RAMAI BETUL ORANG TAK PUAS HATI KAN???... HARAP2 INSAN YG TAK PUAS HATI TU DIPERSILAKAN DGN SEGALA HORMATNYA KE SK KOTA MASAI .. CARI SEK BESAR MCM SEK KAMI NI .. NGAJAR KAT SINI SEMINGGU PUN JADILAH YE.. PASTU BARU BOLEH BAGI PANDANGAN MASING2 .. BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MENGALAS..

Friday, November 18, 2011

UPSR 2011 ~ 17 Nov 2011

alhamdulillah segala persoalan terjawab jugak .. dengan rasmi tepat pukul 7.00 pagi GB umumkan keputusan rasmi UPSR 2011 dlm bilik mesyuarat .. tersenyum lebar GB dlm meeting kali ni .. seramai 82 orang calon mendapat 5A dan 62 orang mendapat 4A1B.. keputusan yang tidak dijangka .. SKKM mendapat ranking pertama mendapat keputusan cemerlang di Pasir Gudang dan ranking kedua di negeri Johor , kalah seorg calon daripada SK Bdr Baru Uda.. lega rasanya bila keputusan da keluar , mcm2 karenah budak2 sementara menantikan keputusan .. tergambar muka cuak diorg .. time nilah yg ada nak buka Yassin .. aduhai.. mcm2 karenah.. rasa puas hati sangat pasal aku berjaya menyumbang 2A kepada murid ku ini .. kelas 6C5 hanya seorang sahaja calon yg mendapat 5A dan 14 orang 4A1B, tapi sedih jugak bila ada murid yg rajin dan aku target cuma dapat 3A sahaja.. mungkin sudah tertulis rezeki masing2 .. harap2 mereka tidak berputus asa..dan yg paling membanggakan kelas aku mencatat keputusan tiada murid yg memperoleh C dalam penulisan .. alhamdulillah ..lega sangat .. kombang lubang idung bila tengok dari 6C1 sampai 6C6 ada murid yang memperoleh keputusan C dlm penulisan kecuali 6C5 .. berbaloi2 cikgu jerit dan mengamuk hari2...hehehe... anak murid di 6C9 juga turut mengembirakan dan menyenangkan hati aku .. daripada 34 orang , 18 orang dapat A dlm kertas penulisan .. suma cikgu cakap budak2 ni sayang cikgu azilah lebih berbanding cikgu lain .. haha..tergelak besar bila dengar mcm tu .. padahal kat kelas aku ni mak tiri no 2 selepas Roy ..hehe.. senang hati bila ramai yg ikut apa yg aku pesan dan ingat apa yg aku ajar .. dan yg paling manis .. semua murid 6C9 lulus dlm kedua2 kertas ... lega si Wilson boleh lulus ..dan paling aku tak percaya si Alif Nuzul Haqim boleh dapat A dlm kertas penulisan .. teringat dulu siap2 naik penampar ke muka pasal dia tak nak jawab kertas aku .. puas pujuk puas merayu puas dipuji barulah dia nak jawab waktu ujian .. dan hasilnya inilah .. siap semalam berlari kat aku menayang kertas ... Alhamdulillah ..cikgu tak perlukan apa2 hadiah , kejayaan anak murid menjadi hadiah paling bermakna.. Terima Kasih Allah .. jadi 2 hari ni kena siapkan semua kerja , isnin hantar semua kerja kat pejabat dan pergi membeli hadiah untuk Hari Anugerah Cemerlang Januari nanti .. hari Rabu sudah mau berangkat pulang .. da tak sabar nak tunggu mak balik .. Selamat Bercuti Semua.. 19 Disember 2011 ... sudah mula berkerja !!...