Monday, November 21, 2011

Macam2

Kisah di sebalik RM 100 1. Seorang suami sangggup memukul isteri. 2. Ibu bapa bercuti. 3. Pelajar yang tidak pernah hadir ke sekolah, mula bersekolah, 4. Pelajar yang tidak pernah bersekolah mula memohon untuk bersekolah. 5. Guru disindir oleh ibu bapa kerana lambat memberi RM 100, tidak seperti di bank, cepat. 6. Ibu bapa datang awal ke sekolah seawal 6.30 pagi. Pukul 10.00 pagi Pengetua dan Guru Besar masih berada di bank. 7. Ibu bapa persoalkan kenapa duit lebihan semalam tidak disimpan di sekolah. Supaya senang pada awal pagi mereka dapat mengambilnya. Ibu bapa perlu faham prosedur menyimpan wang di sekolah. 8. Ada yang menyindir supaya guru-guru guna duit sendiri dahulu sebelum Pengetua dan Guru Besar balik dari bank. 9. Di dalam aduan Harian Metro, seorang bapa persoalkan kenapa pelajar Tingkatan 5 pada tahun ini tidak dapat RM 100. Sedangkan kalau anaknya berjaya dapat keputusan cemerlang di dalam SPM, meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, anaknya akan dapat baucer RM 200. 10.Jalan raya sesak di kawasan yang ada sekolah. 11.Kedai 'hand-phone' bertambah pelanggan. 12.Kedai makan menerima pengunjung di luar jangka.

No comments:

Post a Comment