aduhai mengigil lutut aku sampai umah .. kol 5 pagi tadi gerak meneman incik suami ke pagoh ..ari ni dia ada jamboree .. klu ikutkan nak gerak malam tadi ke pagoh .. tapi malangnya kebanyakan hotel kat sana da full booking ..jd kena gerak awal2 pagilah.. sampai pagoh dlm pukul 7 .. da tengok ramai org ... first time rasa pengalaman mcm ni, dan tak sangka jugak bole terjumpa dengan encik Najib GPK Koko sek aku kat sana .. En Najib memang aktif mende ni suma.. suma sukan dia masuk .. kenalah dgn jawatan dia skrg kan... aku ni , klu ikutkan hati memang tak nak ikut g pagoh ni ..yg pertama badan aku baru nak sihat , pastu tambah lak ngan kertas pekse yg tak abis lagi .. tapi mengenangkan utk tahun ni ni jamboree yg terakhir utk incik suami masuk .. aku pun g lah .. sekurang2nya aku bagi sokongan pada dia kan ..
meriah jugaklah .. peserta dari dalam dan luar negara .. tak amik gambar pun pasal kamera da abis bateri .. dlm dua jam lebih jugak aku menunggu sebelum finishing ..tiap kali ambulans sampai mesti hati aku risau .. pasal tengok ada yg tercedera .. ada sorang lelaki mengalami kecederaan kat kepala pasal bertembung dgn bikers yg lain.. ada yg sesak nafas, ada yg calar balar kaki tangan .. aduhai risau aku .. yelah incik suami da lama tinggal aktiviti kayuh mengayuh dia ni .. pas kawin ni baru nk mula balik .. setakat ni da dua kali dia g mengayuh basikal .. sekali kat kuala pilah lagi satu kat beranang , yg kali ketiga ni kat pagoh .. da alang2 kat johor jadi aku pun amik kesempatan le nak tengok apa le yg bestnya mengayuh basikal sampai berpuluh2 kilometer nikan .. perlumbaan kali ni sepanjang 45 km ,.,.. jauh gak ek .
apa2 pun bersyukur sangat encik suami dapat menghabiskan kayuhan dia sampai ke finishing .. walaupun tak dapat rangking yg bagus .. tp aku tetap berbangga dgn dia .. pasni klu dia cakap dia nak g kayuh basikal , aku tak kan bising lagilah .. pasal aku da tengok macam mana happynya dia dapat mengayuh basikal tadi ..
sebelum memulakan kayuhan .. amik mood kita bergambor dulu ye abg???.. hehee
selepas menamatkan perlumbaan ... (sila abaikan pompuan gumuk itu ye..huhu)
Sunday, July 1, 2012
Saturday, June 16, 2012
Janji!!
si abang sudah menuntut janji ...'acu da beli ke cd ultraman gaya abang?????... hehehe.. aduhai kena keluar mencari lah ni ...da kali ke berapa dia menuntut janji .. bukan itu aje .. nak g cari buku spider man dan cd upin ipin ... wah anak2 buah aku bukan pandai request mcm2 kan???.. huhu...
rindu kat budak ni .. ari tu cuti sek tak sempat nak jumpa dia.. :(
Thursday, June 14, 2012
Klu org pompuan gigih membaca semua ni , agak2 sang lelaki ada tak amik tau pasal mende ni semua ???... hehe...
Petua Melayan Suami
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tetapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam thermos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau bolehsediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
13.Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

Wednesday, May 23, 2012
Gara-gara Cuai
Syukur alhamdulilah .. Allah masih nak melindungi aku .. disebabkan kecuaian aku sendiri aku hampir nk membakar rumah .. aduhai tak taulah mcm mana semua ni boleb berlaku .. dlm kelas hikmah tadi baru aku teringat aku tak tutup api dapur masa panaskan gulai .. padahal waktu tu da pukul 1.20 .. bayangkan lah .. dari pukul 6.15 tadi aku panaskan gulai tu .. da berapa jam .. klu lah mende tu nak jadi memang da jadi debu lah semua tadi .. aku punyalah kelam kabut tinggalkan budak ... budak2 ni siap pesan lagi cikgu jgn bawk keta laju2 , doa banyak2 ... aku pun apa lagi mulalah memecut .. sampai nak kuar simpang tadi pun tak perasan ada keta .. nasib baiklah tak bertembung ..klu tak, tak taulah nak ckp macam mana .. sampai je kat pintu pagar aku da terbau hangit .. bila buka pintu terus berlari ke dapur .. nasib baiklah api tak merebak .. tapi periuk dengan senduk yang ada atas dapur tu cair lah dibuatnya ... klu lah aku terlambat tak taulah apa akan jadi ..
terima kasih Allah kerana melindungi hamba mu ini...
lepas ni aku kena lebih berhati2...

Sunday, May 20, 2012
Friday, May 18, 2012
Dua bulan sudah
moh kita layan gambor di sebalik tingkap kejap ..rasa macam model tingkap lah pulak hehehe...
suka sangat nengok gambor2 ni ..super spontan ... incik suami bole lak jadi sporting hari .. selalunya jgn haraplah..hehehe... minggu depan klu ada masa nak g angsana .. nak g buat album gambor kawin .. ramai yg da bertanya mana gambor kawin ...kawin da masuk bulan ke 2 gambor tak dapat tengok lagi ....huhu..

Subscribe to:
Posts (Atom)