Friday, February 26, 2010

Nostalgia

Nostalgia dalam tempoh beberapa dekad ini meninggalkan seribu satu rasa.
Rasa gembira,seronok,teruja,sedih,simpati,rindu dan pelbagai lakaran lagi.
Segala kenangan harus kita kenang sebagai satu panduan utk melalui satu lagi
fasa kehidupan pada masa akan datang. Kenangan dan pengalaman ini mendewasakan kita.Kita melangkah seiring dengan kenangan yg kita tinggalkan ..

Usah kita toleh ke belakang sekiranya kenangan itu mencerminkan kejatuhan,kegagalan,kesedihan dan kemurungan kita.kita melangkah ke depan dengan kenangan dan pengalaman yg memberi kita semangat,kejayaan,kegembiraan dan keceriaan.

Walaupun bagaimana pantas masa berlalu, segala kenangan yg telah kita lalui tetap akan dikenang sehingga ke akhir hayat ..

Alhamdulilah , masih mampu bernyawa dan diberikan kesihatan,kekuatan dan semangat untuk melangkah ke satu lagi fasa kehidupan .. moga pencarian ku akan berakhir ... Insya Allah.

No comments:

Post a Comment