Sunday, June 9, 2013

Meraikan Pengantin Baru

macam biasalah bila tibanya musim cuti sekolah banyaklah org yang berkenduri kendara .. cuti kali ni aku menghadiri 3 majlis perkahwinan .. majlis pertama berlangsung di Selayang , majlis anak sedara yg ke 3 melangsungkan perkahwinan .. seawal 5.00 pagi aku dan suami dah bergerak ke kuala lumpur dr muar ... Semoga Rabani dan Fuziah akan bahagia hingga ke akhir hayat .. Amin 



Disebabkan ada dua lagi kenduri yg aku nak pergi , jadi aku dapat pelepasan dari encik suami utk bercuti di kampung .. yahoooo... tapi sebelum balik kampung sempat lagi berpoya2 di KL ... shopping raya le konon .. terima kasih lah pada Puan Ida dan Encik Ijat kerana menumpangkan aku bermalam di rumah dan bersedia membawa aku meronda2 kt KL.. puas ati sgt!

Majlis kedua adalah majlis org sebelah rumah mak di kampung .. dah dekat sangat tak kan tak balik kot . 
sempat le menolong time rewang dan g kenduri arwah .. mende yg tak pernah aku buat .. macam dalam sejarah pulak aku g makan kenduri .. sebelum kawin memang takde maknalah aku nak g .. tp disebabkan d berkahwin kena lah pandai2 bawak diri .. tambahan pulak mak teh dan anak2 dia banyak membantu aku masa kenduri aku ari tu .. Selamat Pengantin Baru utk Ijal dan Isteri ...

* Gambor cilok kat FB je .. pasai tak sempt nak makan kenduri Ijal pun sebab nak berkejar ke Chini..

Majlis kenduri ketiga ialah majlis kakak merangkap kawan baik aku zaman maktab dulu sampai le ni ... kak ayu ni kira antara org yang rapat dgn aku lah.. bila time cuti sek je .. memang macam2 le projek kitaorg .. g bercuti lah ..konon2 nak release tension setaun sek .. hehe.. tp sejak aku kawin ni aktiviti tak dapat dijalankan seperti biasa .. tapi jumpa tetap jumpa ... 

Rumah kak ayu ni kat Felda Chini 2 .. jadi dekat le dengan Tasik Chini .. disebabkan tak berpeluang nak g Tasik Chini dapat amik gambor sign Tasik Chini dlm gps pun jadilah ..hehe..

Kak Ayu maintain kecoh time kenduri .. padahal dia pengantin tu .. riuh je mulut dia .. tak berdebor langsung gayanya .. tapi yg paling tak sangka aku kena jadi bidan terjun .. kena jadi pengapit kak ayu .. aduhai.. encik suami gelak je .. dia kata sian pengantin kena tinggal ngan pengapit time berarak .. hahaha.. sorry kak ayu . pengapit awk ni tak pandai nak kontrol ayu ..

Sempat jugak berjumpa ngan Kak Wati dan Kak Zainon .. Kawan rapat aku dari zaman UPM sampai le zaman maktab dulu .. cuma sayangnya . Kak Sham je takde ,.. Org g bercuti ke Jepun .. klu Kak Sham ada confirm lagi hebat bergossip ari tu .. hehehe...

Lepas ni tunggu giliran Kak Sham pulak nak mendirikan rumah tangga .. moga kakak ku yang sorang ni cepat ditemukan jodoh..

Kak Marhayu Ibrahim .. Selamat Pengantin Baru ... Moga berkekalan hingga ke Akhir Hayat .. Jarak antara Sarawak dan Kuala Lumpur tidak akan memisahkan Kak Ayu dan Suami .. Harap2 tahun depan Kak Ayu berjaya tukar ke Semenanjung setelah 5 tahun mencari rezeki di Sarawak ...











.

No comments:

Post a Comment