Saturday, June 29, 2013

Alhamdulilah ... Affra Sarra'aneesa Binti Aswandi



Alkisah Si Comel ini bernama Affra Sarra'aneesa binti Aswandi ...


dan ini pula puteri sulungnya .. kakak kepada Affra ...

Addah Yasmeennaseera binti Aswandi ..



Alhamdulillah ..pada tanggal 13 Jun 2013 .. Affra Sarra'aneessa telah lahir ke dunia .. sebelum Affra lahir , aku sempat mimpikan mummy si Affra ni .. aku mimpi sebelum subuh .. bila aku terjaga rasa mcm apa yg aku mimpi mcm baru je berlaku .. ilang rindu aku pada dia ... tapi dalam pada tu rasa tak sedap hati .. time tu Nor da sarat sangat ..tunggu masa je nak bersalinkan Affra .. tambahan pulak mak baru 2 minggu meninggal dunia disebabkan kanser .. mak meninggalkan minggu terakhir sebelum cuti .. da seminggu baru nor maklumkan pada aku ..rasa terkilan jugak bila terima berita ni .. pasal aku tak sempat nak jumpa mak .. dah banyak kali janji nak terbang ke kuching .. tapi janji tetap tinggal janji .. walaupun mak da takde aku tetap usahakan utk terbang ke sana ... disebabkan rasa tak sedap hati aku terus msg nor tanya keadaan dia di sana .. tak sangka masa aku mimpikan dia, dia sedang bertarung nyawa utk melahirkan Affra .. Nor cakap tak sangka rasa rindu dia pada aku boleh membuatkan aku terasa .. Ya Allah , nak menitis air mata aku mendengarnya ...

Normasmor binti Mansor adalah teman aku yg paling rapat sepanjang 3 tahun aku kat UPM .. kawan aku semasa susah dan senang .. dialah yg sentiasa berada di sisi aku di kala aku memerlukn seseorang utk meluahkan gelodak di dalam hati . sama ada suka atau duka .. beliau sentiasa ada di sisi...

walaupun jarak ini memisahkan kami ..tetapi hati kami tetap bersatu ..






No comments:

Post a Comment