Tuesday, March 11, 2014

#Pray4MH370

Negara dikejutkan dengan tragedi yang tidak diduga.. selalu kita bayangkan mende ni berlaku dalam tv je .. bila berlaku kat negara sendiri baru tau rasanya macam mana ..

Walaupun tiada ahli keluarga, saudara mara mahupun rakan yang terlibat ... tetapi atas nama satu agama satu bangsa satu negara dan insan yang bernama manusia .. sama-sama kita menadah tangan memohon kepada Yang Maha Esa semoga segalanya dipermudahkan ..

Walau apa pun spekulasi andaian yang berlegar .. kita sebagai manusia hanya mampu berserah kepadaNya .
Semoga semua krew dan penumpang MH370 selamat dan dapat kembali ke pangkuan keluarga walau dalam apa keadaan sekali pun .. Amin...






Cucunda 2014

wah ... sudah bercucu rupanya .. nampak sangat dah tua kan ... lepas ni title da naik satu tangga lagi .. dari Makcu naik kepada Wan Chu ... huhuhu ...

Cucu pertama ... Dian Sufi


Dan Cucu ke2 Muhammad Rizqin .


cukuplah sepasang .. sekarang Long ngan Abg Long bertungkus lumus menjaga cucu  ... kerjaya selepas berpencen katanya ..

Alhamdulillah dengan kurniaan Allah ini .. 


Happy 2nd Anniversary


Alhamdulillah ..Ikatan ini sudah masuk tahun yang 2 .. pelbagai dugaan yang kami lalui sepanjang 2 tahun ini .. dugaan yang biasa dialami oleh setiap pasangan suami isteri .. Alhamdulillah kami dapat melaluinya bersama-sama...


Semoga ikatan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat . semoga ikatan ini dilimpahi kebahagian, kegembiraan dan diwarnai rasa cinta yg mendalam sepanjang kehidupan ..


Semoga Allah mengurniakan cahaya mata seperti kami dambakan .. Kami hanya mampu berserah kerana DIA penentu segalanya ...