Saturday, October 22, 2011

Pergilah Air Mata-Hanni Ramsul

Da 2 kali baca novel ni , time tu baca kat blog Penulisan2U .. cite dia tak abis, tak tido malam membacanya , last2 esok nya g pusat bandar cari novel ni .. aduhai da takde , kedai tu cakap stok takde .. buku tu da lama .. kena order dulu ..

dengan semangat gigih tanya cikgu2 kat sekolah yg memang gila baca novel .. last2 Aishah ckp dia ada , tapi tinggal kat umah dia .. heppi tak terkata .. dia siap g balik umah mak dia amik novel ni utk aku ..

wah .. bila baca je memang meleleh le ayaq mata ..itu akulah tak taulah org lain..da jadi habit klu novel best mesti kena baca kali ke 2 .. wah apa lagi esok g sekolah ngan pening2 lalat .. kuar bintang.. gara2 ngadap novel nihah ... berbaloi lah aku membacanya...



HARGA SEMENANJUNG: RM28 AHLI KN: RM24
HARGA SABAH SARAWAK RM31 AHLI KN: RM27


Akan kubenarkan derai air mata ini membasuh seribu duka...
Akan kubiarkan titisnya terus menitik ke telapak tangan...
Agar kilau jernihnya sudi mendoakan sejuta bahagia untukku...
selamanya...

Pertemuan ini tidak pernah menjadi yang terindah. Ikatan ini juga tidak pernah memberi sejuta bahagia. Lalu, apa perlu kelangsungan ini? Andai wajah ini cuma mengundang bencimu. Suara ini cuma mengundang marahmu. Tingkah ini cuma mengundang sakit di hatimu. Untuk sekali ini, akurlah pada satu pintaku…
Lepaskan aku dari belenggu air mata ini…SABRINA…


Memang pertemuan ini tidak pernah indah. Ikatan ini juga hanya membuat hati bertingkah geram. Apa perlu pada kelangsungan ini? Kerana wajah itu membuat aku teringat pada satu detik hitam yang menyakitkan. Kerana suara itu mengundang geram, apabila kau membisu saat aku perlukan suaramu. Kerana tingkahmu sering membuka prasangka demi prasangka yang membuat hatiku terus berdarah. Dan, pada pintamu yang satu itu…Maaf…Ini pilihanmu, lantas aku akan kotakan… akan aku sempurnakan titis-titis air mata itu… agar setiap titis itu akan menjadi belati yang menyakitkan…
BADRUL…

No comments:

Post a Comment