Sunday, July 1, 2012

MCC Agro Bazaar MTB Jamboree, Pagoh..

aduhai mengigil lutut aku sampai umah .. kol 5 pagi tadi gerak meneman incik suami ke pagoh ..ari ni dia ada jamboree .. klu ikutkan nak gerak malam tadi ke pagoh .. tapi malangnya kebanyakan hotel kat sana da full booking ..jd kena gerak awal2 pagilah.. sampai pagoh dlm pukul 7 .. da tengok ramai org ... first time rasa pengalaman mcm ni, dan tak sangka jugak bole terjumpa dengan encik Najib GPK Koko sek aku kat sana .. En Najib memang aktif mende ni suma.. suma sukan dia masuk .. kenalah dgn jawatan dia skrg kan... aku ni , klu ikutkan hati memang tak nak ikut g pagoh ni ..yg pertama badan aku baru nak sihat , pastu tambah lak ngan kertas pekse yg tak abis lagi .. tapi mengenangkan utk tahun ni ni jamboree yg terakhir utk incik suami masuk .. aku pun g lah .. sekurang2nya aku bagi sokongan pada dia kan ..

meriah jugaklah .. peserta dari dalam dan luar negara .. tak amik gambar pun pasal kamera da abis bateri .. dlm dua jam lebih jugak aku menunggu sebelum finishing ..tiap kali ambulans sampai mesti hati aku risau .. pasal tengok ada yg tercedera .. ada sorang lelaki mengalami kecederaan kat kepala pasal bertembung dgn bikers yg lain.. ada yg sesak nafas, ada yg calar balar kaki tangan .. aduhai risau aku .. yelah incik suami da lama tinggal aktiviti kayuh mengayuh dia ni .. pas kawin ni baru nk mula balik .. setakat ni da dua kali dia g mengayuh basikal .. sekali kat kuala pilah lagi satu kat beranang , yg kali ketiga ni kat pagoh .. da alang2 kat johor jadi aku pun amik kesempatan le nak tengok apa le yg bestnya mengayuh basikal sampai berpuluh2 kilometer nikan .. perlumbaan kali ni sepanjang 45 km ,.,.. jauh gak ek .

apa2 pun bersyukur sangat encik suami dapat menghabiskan kayuhan dia sampai ke finishing .. walaupun tak dapat rangking yg bagus .. tp aku tetap berbangga dgn dia .. pasni klu dia cakap dia nak g kayuh basikal , aku tak kan bising lagilah .. pasal aku da tengok macam mana happynya dia dapat mengayuh basikal tadi ..



sebelum memulakan kayuhan .. amik mood kita bergambor dulu ye abg???.. hehee









selepas menamatkan perlumbaan ... (sila abaikan pompuan gumuk itu ye..huhu)



No comments:

Post a Comment