Thursday, February 9, 2012

Ikhlas!



pesanan terakhir daripada sesorg yg pernah suatu ketika sentiasa bersama saat susah dan senang .. ikhlaskan hati ketika menitipkan sedikit ilmu untuk anak didikmu !..


Insya Allah .. hati saya sentiasa ikhlas .. dan saya sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri saya!


Terkono Den!!!!

JAWAB SECARA SPONTAN:

Menguji sejauh mana konsentrasi kita.. :)

- Jawab spontan, jangan banyak fikir,
... - Baca satu demi satu,
- Concentrate!
- KITA MULA :


Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..



1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.



1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?

Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging..



~>> bawak2 la berehat~ :p

Tuesday, February 7, 2012

Aduhai Tak jadi Keje Dibuatnya!

2 hari ni nampak gayanya tak siap le keje aku yg da melambak tu .. ni gara-gara si acik lana lah .. aku da melekat dok baca novel online dia. minat dia since start baca nove aku bukan mistress



Skrg melekat pulak kat Novel Maaf Jika Aku Tak Sempurna .. Bulan Mac nanti novel ni akan diterbitkan .. tak bole tunggu lagi pasni mesti kena cari .. nak tau ending dia mcmana ..kisah kahwin kontrak antara Melina anak org kaya dgn Luqman anak pekebun sayur lulusan negara yg hensem dan macho ... huhu.

Jom kita layan blog dia---------------> http://aciklananovel.blogspot.com

Sunday, February 5, 2012

6 sebab beruntungnya perempuan mempunyai rahim

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
... anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA....

Saturday, February 4, 2012

Prog Motivasi Peningkatan Keibubapaan UPSR 2012

alhamdulilah , program hari ni berjalan lancar seperti yg dirancang, bangga rasanya bila lihat ramai ibubapa yg datang penuh satu dewan , klu senarai kehadiran berdasarkan nama murid seramai 250 orang hadir, tapi biasalah klu prgram mvm ni mesti suami dan isteri yg datang, jadi klu nak ikut kapasiti dewan hampir mencecah 400 org yg hadir.. lega.. apa yg aku risaukan dlm temph 2 minggu ni semua da berakhir.. dapat membentangkan segala program tahun 6 dan belanjwan dengan lancar.. tapi aku tak taulah mak bapak ni paham tak aku cakap .. aku biasalah klu bercakap mana jumpa noktah sedar2 da abis da..hehe... mula2 mengeletar tapi klu da terpaksa belasah ajelah .. aku berterima kasih kepada semua guru tahun 6 yg banyak membantu pada hari ini.. dari pukul 7.00 pagi sampailah pukul 1.00 tadi .. alhamdulillah takde sorang ibubapa yg balik sepanjang majlis berlangsung , gara2 slot bersama Ustaz Muliadi .. Motivator yg paling best setakat ni .. memang aku salute dekat ustaz ni .. Alhamdullilah moga apa yg telah aku rancang dan susun tahun ni akan berjalan dengan lancar moga Allah akan merestui apa yg aku usahakan ni.. moga aku dapat memikul amanah ini dengan jayanya... di bahu ini tergalas misi dan visi sek.. Insya Allah.

Renungan : Mengapa seorang LELAKI memilih seorang GURU sebagai seorang isteri!

1. Hidup Berjadual. Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala.
Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi. 5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan. 5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh. 6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah. 7.10 pagi : Sampai sekolah. 7.30 pagi : Mula kelas. 10.10 pagi : Rehat 10.30 pagi : Masuk kelas lagi. 2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah) Senang kan? Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH). Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak. Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak) Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu


2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen. Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan. Sekejap. Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial? Mana ada! Semua nak salahkan cikgu. Maka, cikgu mestilah kena komited. Konsep yang sama Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa? Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh? (sambil asah pensel dan pisau di tepi)


3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran. Nak bagi markah, ada skema jawapan. Pakaian ke tempat kerja, ada etika. Nak tanda kertas, ada garis panduan. Sampai sekolah, isi waktu kedatangan. Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer. Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa. Bila boleh nak menipunya. Nak berpeleseran? Jauh sekali. Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu? Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......" Gila kau. Mana nak sempat lupakan suami begitu? Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.


4. Terapi melepaskan tekanan Semua kerja ada tekanan. Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan. Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan? Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan? Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini. Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan? Pukul budak-budak di sekolah? Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan. Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.


5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari. Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru. Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru. Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar. Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini. Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang. Aku : Kau nak yang macam mana? Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu. Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga? Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah. Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu? Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.Masuk kelas itu, budak-budak tengok. Aku : Amboi kau. Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau. Aku : Kenapa? Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa) Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)


6. Penampilan. Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa. Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu? Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok. Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!" Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila. Haih! Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa? Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?

Wednesday, February 1, 2012

Minggu Yang Stress!!!

aduhai .. dugaan btol lah minggu ni .. banyak keje sampai da tak tau nak terkam yg mana ... tambah dgn dari isnin ari tu terkejar2 ke sana ke mari .. tambah dgn masalah kat kg lagi .. aduhai pening kepala koi weh.. selasa ari mengeletar sedunia.. tetiba dapat tau kene ngadap tuan punya hosp penawar .. kena buat presentation.. aduhai mende yg sudah kutinggal bertahun2 .. kena buat semula .. tapi nasib baiklah bla g sana Dr tu takde .. jadi cuma jumpa ngan akauntan dia jelah .. dlm tempoh terdekat ni akan berjumpa dengan Dr tu semula . ni suma gara2 program tahun 6 lah .. tahun ni tiada kutipan yuran .. jadi cikgu terpaksa cari alternatif lain untuk menjalankan program .. minggu ni 2 malam tuisyen kat sek .. pastu terkejar nak buat persediaan utk program taklimat ibu bapa thn 6 sabtu nanti .. baru siap buat budget dan slide semua .. cuma ucapan tak tau nak tulis apa ... tengah hari tadi GPK suruh siapkan ucapan utk dia sekali ... aduhai nak nangis rasanya... terpaksalah mencari bantuan .. nasib baiklah Kak Hajah Hasmah bole tolong ..lega .. kat kg pulak masalah dgn borang .. pasal wali.. siap mintak sijil mati org da hampir 28 taun meninggal dunia ...manalah nak cari sijil mati arwah tok .. aduhai macam tu sekali ye ... berita sedih .. cuti tak diluluskan .. hari khamis dan jumaat sahaja dibenarkan cuti..aduhai..... takpelah .. kena tarik nafas dalam2 dan senyum ye!! jgn stress2 nanti darah naik .. huhu...