Monday, September 24, 2012

Adam & Hawa




aduhai .. sudah terjebaklah pulak ..
da 2 hari melayan citer ni ..
tengok citer ni sambil mengimbas balik novel yg aku baca utk puluhan kalinya ..
baca novel dan tengok drama ni dgn satu perasaam yg sama..



perasaan apa yek???... sudah tentulah hatiku berbunga-bunga..hehehe....

Tuesday, September 11, 2012

UPSR 2012

hari ni 11 sept sehingga 13 sept 2012 , murid2 thn 6 akan menduduki peperiksaan UPSR .. semoga mereka menjawab dengan tenang ..

hari ni, mereka da jawab 3 paper, setakat yg aku tanda tadi alhamdulillah anak2 didikku di kelas 6C1 majoriti dapat A dalam pemahaman , cuma seorang je yang sangkut .. harap2 graf turun ..murid ni dapat A.. rasa puas hati sangat ..

klu yg satu lagi agak mengecewakan .. tapi aku pasrah dan redha .. soalan agak sukar jadi budak2 6C11 memang ramai yg tak dapat jawab ..

masih ada 2 hari lagi .. semoga anak-anak didikku ini dapat menjawab dgn baik .. Insya Allah!

Saturday, September 8, 2012

Alahai !!!

CERITA A

Quote dari blog Yana Adnan





assalamualaikum

entry kali ini mungkin akan menyebabkan aku akan dicemuh masyarakat. tapi ini adalah pendapat peribadi aku dan aku rasa bukan setakat aku je rasa menda ni.

kerja as a cikgu. of course la dihormati.tapi bagi aku.. kalau cikgu tu betul-betul berkualiti barulah wajar dihormati.

"eh yana, kurang ajar la ang...dulu kalau ang tak sekolah, belum tentu ang boleh jadi engineer sekarang ang tau dak?"
-yup, memang kalau aku tak pergi sekolah dulu, takde cikgu yang mengajar semua..belum tentu aku jadi engineer sekarang tapi disini, apa yang aku nak tekankan adalah...

betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu

1. gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot, tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu) selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam, 7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus...plus overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku banding dengan operator ok..bukan dengan engineer mahupun manager...yang tu pergi gelap, balik pun bergelap jugak!

2. cuti berlambak+kerja half day. tu pun cikgu-cikgu ada annual leave lagi. kursus pulak dijalankan pada hari persekolahan. isk, untung ye jadi cikgu? dah la kerja setengah hari je. cuti banyak, gaji masyuk. cuti ujung tahun..gaji jalan..wahh..tu pun ade jugak la cikgu-cikgu yang memberontak bila timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee Ka Siong bagi cadangan guru kerja 9jam..adoyai...cikgu-cikgu ni sebenarnya ikhlas ke tidak bekerja ni..."aip, ceyana, keihlasan seorang guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan ilmu yang dia bagi baru tahu!"
-aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ikhlas.

3. cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online, bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat sekolah, kenapa tak nak bagi all out?kenapa hanya 5-10 orang student je yang dapat skor subjek yang kau bukak kelas tuisyen tu and kenapa untuk budak-budak tuition ekau, dorang boleh score (most budak tuition datang dari sekolah-sekolah yang berbeza kan?). dan selalunya secara keseluruhan, budak-budak tuition ni susah nak fail exam dowang, tapi student dalam sekolah..ada je yang fail..tambah-tambah subjek add maths?! adakah itu taktik pemasaran?sangat teruk kan cikgu-cikgu ni?
dulu masa aku student, mana nak realize sangat dengan semua ni.. minda seorang student hanya nampak cikgu je sebagai idol. "wah...terer gila cikgu ni selesaikan masalah add maths ni", wah...cikgu ni pandai la manipulate ayat", "cikgu ni pandai la selesaikan masalah fizik ni' blablabla...but, now bila aku dah kenal erti duit, dah kenal erti masa..baru aku sedar.."wah, untungnya jadi cikgu, kerja senang, gaji banyak, orang kagum, disegani".."soklan add maths ni lagi senang kalau kita guna kaedah ni, fizik ni lagi mudah kalau guna cara ni..sains ni fakta, maths ni banyak buat latihan, kau dah boleh paham. sejarah ni kau kena rajin membaca, bahasa melayu ni kau kena baca selalu..semua ni ada kat sekeliling kita. "

mungkin ramai cikgu-cikgu yang kata mana ada kerja kami senang?
"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.

“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media. sumber

multi purpose? iye ke? kalau bab hantar murid ke hospital tu, aku rasa semua cikgu berlumba-lumba nak tolong menghantar..ye la, nanti dapat skip kelas, tak payah nak mengajar..manjadi polis trafik? setakat setengah jam selepas waktu persekolahan, takkan tu pun nak berkira and tak salah aku, banyak sekolah sekarang dah ada pak guard dan pak guard ni yang bekerja sebagai polis trafik.
pegawai kewangan?ehem-ehem..kalau duit kelas, ketua bendahari yang jaga..tu pun student sendiri, kalau nak kata duit yuran...yuran persekolahan dan yuran peperiksaan dah pun dimansuhkan..menjadi kerani untuk masukkan markah???aku sendiri as a student pernah buat kerja ni..cikgu suruh..so what?maknanya cikgu aku dulu?curi tulang?ermmm..ye la,,beliau curi tulang dan student still anggap cikgu mereka cikgu terbaik..padahal.......!@#$%^

banyak benda yang aku rasa cikgu ni snagat beruntung. so para cikgu sekalian, tolonglah bagi yang terbaik kepada anak bangsa ye..

aku sangat salute kalau cikgu tu menjadi seorang cikgu disebabkan oleh minat dia yang mendalam.dimana dia sedar akan tanggungjawab dia, mengajar sampai budak yang tak minat belajar jadi rajin dan pandai. budak yang bodoh jadi cerdik, budak yang asalnya keluarga miskin tapi berjaya tanggung keluarga, budak yang terbela nasibnya kerana cikgu fightkan biasiswa untuk pelajar tu, budak yang bermasalah menjadi seorang yang berdisiplin, budak yang lemah dibimbing menjadi perkasa, budak yang lembab dapat menguasai ilmu teknikal, budak yang hilang akhlak jadi manusia bertakwa. yes. yang ni betul seorang guru.

kepada guru-guru sekalian, please la..stop baca blog, stop main facebook, stop buat tuition kalau niat nak cari wang tambahan dan bukannya nak memajukan anak bangsa, stop la jual shawl, jual supplement bagai...jadilah cikgu yang terbaik...

isk, kalau nak complain pasal kerja cikgu pulak..aku rasa lagi panjang la entry ni..


CERITA B

Untung Lah Sapa Jadi Suami Cikgu
Sebagai pekerja swasta dalam industri perkapalan dan berbini seorang cikgu, aku merasa untung menjadi laki seorang cikgu sebab hari-hari aku pergi sekolah hantar bini depan pintu pagar. Dalam sekolah tersebut ada 1500 pelajar dan cikgu-cikgu lebih kurang 100 orang barangkali. Cikgu-cikgu cun sama manis-manis serta bujang dalam 4-5 orang sekali sekala aku dapat usha sepintas lalu tiap-tiap pagi. Belum termasuk awek yang jual nasi lemak depan simpang sekolah. Untung la aku dapat tayang muka hari-hari depan depa semua.

Sebagai cikgu kaunseling, gaji bini aku banyak habaq hang! Kerja dia jaga budak-budak sekolah saja. Senang habaq hang! Kalau budak-budak ada masalah lari dari rumah, boyfren & girlfren merajuk, mak bapak tak bagi kasih sayang penuh dan masalah menari Gangnam style semua bini aku boleh cover. Pehhh. Terer gila nak habaq kat hang! Itu belum termasuk budak-budak nak bunuh diri sebab boyfren dah ada awek kat sekolah lain. Senang kan kerja dia? Senang kan? Nampak?

Untung la sapa jadi laki cikgu sebab aku akan dengaq dia bercerita tentang kerja dan masalah budak-budak sekolah. Sampai malam pun ada mak bapak yang rajin talipon bini aku tanya tentang masalah anak-anak depa. Untung la sebab kadang-kadang bini aku yang talipon depa. Bil talipon? Takpa, aku ada, aku boleh bayaq. Gaji aku tak la banyak macam Engineer. Tapi ada la duit serba sikit. Kalu tak cukup, gaji bini kan ada. Lebih 2k sebulan. Gila hang! Banyak tu. Berbekalkan 2k lebih sebulan cukup-cukup buat belanja kat Pavillion. Tapi bini aku suka shopping kat Uptown saja. Untung kan? Kalu jadi Engineer mesti dapat shopping kat Paris sama London. Bil dan duit rumah, kereta sebagai laki, mestilah aku yang settle. Duit kereta proton sama rumah atas tanah aku boleh cover. Tapi tak sama la macam kereta engineer BMW sama rumah 5 tingkat macam engineer.

Cuti bini aku banyak oi habaq hang. Tiap kali cuti sekolah, bini aku cuti. Tapi dia tak mau cuti sebab kena pi kursus pulak. Punya la rajin cikgu ni kan? Bila dia nak bercuti, aku pulak kena kerja. Jadi dia sambung la kerja-kerja rumah, jaga anak dan macam-macam lagi kerja dan projek sekolah dia. Untung habaq hang! Aku balik rumah bini dah siap masak semua. Aku tak payah buat apa dah. Dia boleh jaga makan minum aku dari pagi sampai malam. Cuti dia habis macam tu saja kadang-kadang sebab aku tak dapat cuti. Senang jadi cikgu ni kan?

Untung la jadi laki cikgu sebab kadang-kadang bini aku kena marah dengan mak bapak budak-budak sebab mak bapak sekarang cakap cikgu yang jaga dan membentuk anak depa. Kalau silap semua salah cikgu. Kita kena salahkan cikgu atas semua masalah sosial sekarang. Masalah gangnam style jugak salah cikgu sebab cikgu yang banyak main facebook, youtube dan online shoping. Semua salah cikgu oi. Orang lain mana main fesbuk, update blog dan tutup blog. Nampak? Senang kan kerja cikgu?

Pengetua marah pun cukup senang. Nak menjadikan seseorang sebagai budak berguna kita serah saja pada cikgu, sebab engineer tak mampu nak mendidik anak bangsa. Kita bagi sama cikgu saja sebab kerja depa senang habaq hang. Apa duk gaduh? Sebagai engineer Liyana, doktor,engineer Liyana, menteri, Engineer Liyana,tokeh kilang taugeh, Engineer Liyana,drebar lori, kerani di pejabat engineer Liyana, tukang paip, makcik jual nasik lemak semua tak sama macam kerja cikgu. Semua kita ni kerja susah habaq hang. Gila betui! Mana ada masa nak didik anak bangsa. Kita bagi saja tugas sama semua cikgu. Cikgu kan kerja senang.

Untungnya aku sebab aku boleh jadi kaunseling sama bini aku bila dia ada masalah, aku bagi semangat sama bini aku. Untung la dapat luangkan masa dengan bini aku. Kalau bini aku kerja engineer macam Liyana, mungkin aku jumpak dia sebulan sekali saja. Gaji bini aku mungkin lebih dari gaji aku. Jadi aku tidak berkuasa penuh lagi sebab kuasa duit lagi power mungkin. Mungkin dia akan ada scandal dengan Datuk-Datuk dan Aaron Aziz mungkin. Mungkin dia suka ke Paris dan London untuk bershoping. Sebab itu aku suka dia jadi cikgu habaq hang. Cikgu kerja dia pi sekolah awal, balik sekolah pun awal. Jadi cikgu senang sebab mendidik anak bangsa adalah perkerjaan "PALING SENANG" dalam dunia ni.

Untung la sapa-sapa yang dah kerja sebenarnya. Untung lah kita ada duit makan. Untunglah kita kerja sebagai penyapu sampah sekali pun. Untung lah kita menjual nasik lemak tepi simpang. Untung lah kita kerja doktor dan kontraktor. Untung lah kita yang duduk kerja di Malaysia. Untunglah mat-mat bangla yang kerja untuk kita. Untung lah sapa-sapa yanag baru jadi engineer tu. Untung habaq hang.

Oleh itu, marilah kita semua jadi cikgu sebab kerja cikgu adalah yang paling "senang" dalam Malaysia ini. Sebab kerja Pegawai Perkapalan, Doktor, tukang buat roti canai, tukang basuh kapal terbang dan sebagainya adalah kerja-kerja yang susah. Yang paling susah kerja engineer. ada orang cakap engineer kerja susah. Tapi aku tak tau kerja engineer macamana, aku tak tau kerja cikgu macamana, aku tak tau kerja kerajaan macamana, yang aku tau kerja aku kat swasta ni pun ada susah dan ada senang. Nampak aku tengah update blog? Nampak tak kesenangan di situ? Nampak?

Sebenarnya semua kerja susah. Aku sebenarnya nak jadi SUPERMAN. Tapi nampak kerja dia pun boleh tahan susah. Kena terbang sana sini dan menyelamatkan dunia dari orang jahat. Bila aku pikir-pikir balik, susah pulak jadi Superman.

Oleh itu, aku rahsiakan identiti aku sebagai Superman sampai sekarang. Supaya aku ada masa untuk beribadat kepada Allah SWT dan meluang masa untuk keluarga aku.


Friday, September 7, 2012

Program Solat Hajat Perdana dan Majlis Mohon Restu

alhamdulillah .. program yg dirancang berjalan dengan jayanya ..






ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan2 guru yg bertungkus lumus menjayakan program ini.. tanpa bantuan kalian pasti saya tidak dapat melakukan yg terbaik ..

klu nak dikira peratusan ibu bapa dan murid yg datang tidak sampai 50% .. tetapi ramai ibu bapa yang datang berpasangan .. syukur alhamdulillah.. tidak berlaku kejadian yg tidak diingini..

semoga apa yg kami lakukan mencapai matlamat yg disasarkan .. semoga kehadiran para ibu bapa dan guru memberi keberkatan kepada calon2 UPSR thn ini

kami masih lagi memerah keringat utk memastikan calon2 UPSR seramai 528 org di SK Kota Masai beroleh kejayaan spt yg diharapkan .. Amin!

Wednesday, September 5, 2012

5 Hari Lagi!

lagi 5 hari nak UPSR .. cikgu bagai nak pecah jantung memikirkan budak2 .. tapi budak2 dok relax je .. 2 hari ni diorg ada ujian dlm bilik peperiksaan masing2.. bila check balik kertas diorg terutama kelas belakang .. ramai dpt keputusan yg teruk.. yg sebelum ni dah lulus jadi tak lulus .. mood raya barang kali .. aduhai anak2 muridku!!

2, 3 hari ni penat menguruskan persiapan upsr .. segala mende kena pikir dari sebesar2 sampai le yg sekecil2nya .. bertuah budak2 zaman skrg ... esok ada majlis solat hajat perdana dan mohon restu .. ibu bapa akan hadir utk program ni .. gembira sgt bila dapat tau thn ni penyelaras thn 6 tak payah bg ucapan ... sujud syukur rasanya .. hehe... gabra koi weh nak berucap .. tapi ramai yg tak puas hati .. hahaha... nasib aku lah wei

tugas aku sudah sampai ke penghujungnya .. semoga Allah memberikan aku kekuatan dan kesihatan utk melakukan amanah ini!