Saturday, March 31, 2012

Mac oh Mac!

Banyak perkara yg berlaku dalam bulan Mac ni .. berlaku dalam diri aku dan insan2 yg rapat dengan aku .. bulan mac membawa seribu kebahagiaan dan kegembiraan..

bermula dengan 28 Feb 2012 kira nak masuk bulan mac le tu kan .. besday anak buah kesayangan aku .. ulang tahun yg ke 27 tahun .. tak sangka along dulu2 dlm dukungan aku da berumur 27 tahun .. masa dia lahir aku baru umur 6 thn .. sedar tak sedar along pun da ada keluarga sendiri .. dialah satu2 nya yg tau susah dan senang aku selama ni .. walaupun tak pernah aku nyatakan dengan perkataan dan perbuatan .. tp jauh dari sudut hati aku ..aku amat menyayangi dia ..sob sob sob sedih le pulok ... dulu risau jugak takut bila dia da kawin .. dia tak macam dulu lagi .. tp anggapan aku meleset .. dia masih sama seperti dulu .. dan aku harap aku pun akan jadi mcm dia .. dan aku terhutang budi pada dia kerana bertungkus lumus demi menjayakan kenduri aku ari tu .. walau pun dia bz dgn keje dia , tapi dia masih peruntukkan masa utk buat semua demi aku .. terima kasih jugak pada suami dia yg memahami .. apa2 pun makcu sentiasa doakan kebahagian dan kegembiraan along dan Ijat .. Amin!




pastu 7 Mac 2012 besday teman baik sejak sek menengah lagi puan hanaliza .. teman yg setia mendengar setiap keluh kesah kala suka atau duka .. teman yg tak putus2 memberi nasihat, dorongan dan semangat dlm apa jua yg aku lalui .. hanya Allah sahaja yg dapat balas semua kebaikan yg telah dia hulurkan pada aku selama ni .. terima kasih jugak dlm tempoh 21 tahun ini kami masih menyimpul kemas tali persahabatan ini ..moga hubungan ini akan berkekalan hingga kami menutup mata..Amin!




11 mac 2012 .. tarikh perkahwinanku bersama incik suami .. terima kasih incik suami kerna menerima diriku seadanya .. semoga ikatan yg terjalin antara kita akan kekal hingga kita menutup mata.. Amin!



13 Mac 2012 .. puan Normasmor Mansor ..teman baik masa kat UPM dulu selamat melahirkan cahaya matanya yg pertama baby ADDAH YASMEENASEERA BINTI ASWANDI .. fuyooo .. berbelit2 lidah acik ila nk menyebut nama baby Addah .. tak taulah bila bole terbang ke Kuching nk jumpa baby Addah .. tumpang gembira utk cikanoi dan suaminya.. semoga kelahiran baby Addah menambah kebahagian dan kegembiraan utk mereka.. Amin!



30 Mac 2012 pulak rodong aku sejak form 1 lagi menimang cahaya mata nya yg kedua ... baby Harrith selamat dilahirkan secara operation .. moga kelahiran baby Harrith dapat menceriakan kembali Najib dan isteri .. selepas setahun kehilangan cahaya mata mereka yg pertama .. Allah mengurniakan anugerah ini .. Alhamdullilah .. comei sangat .. rasa nak gigit2 boleh??.. hehehe.. senyum sampai ke telinga ye encik najib??.. hehe....



TERIMA KASIH KEPADA KAUM KELUARGA YANG BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN MAJLIS PADA 11 MAC 2012.. I LOVE MY FAMILYS!!..
KENANGAN YG TIDAK AKAN DILUPAKAN HINGGA KE AKHIR HAYAT!








Friday, March 30, 2012

Tazkirah Jumaat :)

Petua Untuk Menjadi
Guru Cemerlang

1. Mendidik mestilah dengan aqidah.
• Kenalkan anak-anak kepada Allah sejak anak mereka kecil lagi.
• Tanamkan rasa sayang pada Allah.
• Tanamkan rasa syukur diatas nikmat Allah.
• Tanamkan sifat taqwa kepada Allah. Sering ceritakan kisah-kisah Nabi dan sahabat untuk dijadikan contoh tauladan kepada anak.

2. Mendidik mestilah dengan hati yang ikhlas.
• Penuh naluri keibuan dan jiwa pendidik.
• Marah, tegas, manjakan anak mestilah atas sebab nak didik mereka.
• Tunjukkan sikap peka, prihatin pada anak/murid.

3. Mendidik mesti ada matlamat.
• Kemana hendak diarahkan anak-anak kita/ murid.
• Budaya apa hendak diterapkan dalam keluarga/sekolah
• Sistem apa nak dipakai dalam keiuarga/sekolah

4. Mendidik mesti senada dan seirama.
• Ibu dan guru mesti sama arahan dan amalannya.
• Kalau guru suruh menutup aurat, ibu pun kata begitu.
• Kalau ibu kata maghrib tak boleh tengok t.v, guru pun di rumahnya maghrib tak buka t.v. Murid tak tahu, tapi Allah tahu.

5. Mendidik mesti dengan akhlak dan contoh.
• Nak suruh anak solat, ibu/guru mesti solat
• Nak suruh anak bercakap sopan, ibu/guru mesti bercakap sopan dulu, bukan asyik menengking, menjerit tak tentu pasal.
• Nak suruh anak baca buku, ibu/guru mesti tunjukkan yang kita pun suka baca buku. Baca bersama mereka.
• Suruh/ cakap serupa bikin.

6. Mendidik mesti dengan sabar.
• Sabar dengan karenah mereka.
• Sabar dengan kemampuan mereka, tidak terlalu meletakkan harapan yang tinggi tapi sebenarnya anak belum mampu.
• Sabar dalam memberi tunjuk ajar bukan beranggapan mereka tahu semua.

Thursday, March 22, 2012

Peringatan!

‎7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadzilah Kamsah )

Tips 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini saya kongsikan untuk renungan kita bersama.

Semoga BERMANFAAT untuk kita semua...

=================================

C1. CABAR

Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata

"Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!"

Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata ...

C2. CABUL

Perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yang tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR

Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot.

Suami pula di opis dok nampak y aje ...

Ada isteri kata - mekap untuk suami, .... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis.

Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan2 ...

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ...

Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ...

anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...


7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ...

Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun...belum tentu tinggi akhlaknya.

Tapi kita ni insan yg mudah lupa dan lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ....
By: Ustaz Nasir

Sunday, March 18, 2012

Akhirnya!


Pada tanggal 11 Mac 2012.. termetrinya sebuah ikatan .. semoga ikatan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat..moga dilimpahi dengan kebahagian dan kegembiraan .. serta dikurniakan anak yang Soleh dan Solehah.. Insya Allah!

Saturday, March 3, 2012

Credit To Suri Medina


Terharu sangat bila exhousemate aku ni berhempas pulas nak menyiapkan tudung utk akad nikah aku nanti .. dari bulan januari dia buat .. selalunya apa sahaja pilihan Aishah memang memuaskan hati aku ..

Terima Kasih Aishah ..

Sedih :(


aduhai .. menjelang kenduri ni macam2 jadinya .. malam ni kat umah mak aku akan diadakan kenduri kecil sempena Mesyuarat utk Kenduri 11 mac nanti .. semua abg2 dan kakak aku tengah berhempas pulas memasak utk kenduri lepas Isyak nanti .. malang tak berbau ..ntah mcamana petang tadi salah seorg abg aku tergelincir masa mengangkat barang sebab licin .. sedih pulak aku dengar .. dari pukul 3 tadi sampai kat hospital temerloh sampai pukul 8 lebih ni itu jelah yg diorg buat .. abg aku masih tunggu turn utk di xray .. mungkin patah katanya .. klu da patah kaki akan disimen lah ..

sedihnya lah aku bila tau macam tu .. sedih sebab nak uruskan kenduri aku mcm2 jadinya .. aku pulak jauh kat sini.. tak sabar nk tunggu hari selasa nak balik kg .. kalau boleh tak nak susahkan org buat mende ni suma .. tapi aku manusia biasa kan .. tak mampu nak buat semua ..

Terima kasih pada mak, kakak, abang2, adik dan anak2 saudara yg bertungkus lumus demi aku .. keluarga ku tiada galang gantinya.. semoga Allah melindungi kami semua! Amin!