Saturday, May 28, 2011

Kem Jati Diri UPSR 2011 Fasa 1

mlm td pertama kali dlm tempoh 3 thn kat sini, merasalah aku tido kat kat dalam kelas, biasalah klu bab bermalam ni memang le nama org bujang yg tersenarai .. takpelah da tanggungjawab .bab kata akak2 senior zaman diorg bermalam kat sek ngan budak2 ni dah berlalu .. da berbelas atau berpuluh2 tahun melalui pengalaman yg sama .. ni turn cikgu2 pelapis lah pulak .. tapi malam td kak jakiah dan kak mashaila dtg meneman kitaorg dan juga kak azeeta yg mendapat keizinan suami .. yelah klu cikgu yg da kawin kenalah paham kan.. klu suami tak izinkan tak le pergi..

seramai 150 daripada 449 calon UPSR 2011 yang menyertai kem jati diri kali ni .. 150 ni pun punyalah payah nak menjaga .. biasalah budak2 kota masai ni .. dia punya energy tu lain biasa .. klu tak diminta memang suka le menonjolkan apa yg ada tp bila disuruh memang tak berbunyi apalah .. acara dimulakan dgn ice breaking pastu acara motivasi diadakan .. ustaz dari Pasir Putih yg memberi ceramah .. antara inti patinya tak dapat diikuti pasal aku sampai da separuh .. mlm tadi sempat balik kejap utk mandi pukul 10 dtg semula ..

sambil menjaga budak sempatlah menghabiskan menanda satu set soalan .. mlm td memang tak tido pun 2.30 pagi baru siap menanda , baring2, golek2 mata takleh pejam pun .. sedar2 da pukul 4.00 pagi kena kejutkan budak2 utk qiamulail ... pukul 5.30 aku memberanikan diri balik ke Bestari Perdana .. sunyi sepi betul ..cuak jugaklah ..

dari 8.00 sampai ada bengkel menjawab sains sesi pertama dan kedua . ari ni aku tak dapat masuk dua2 kelas pasal diorg terlibat , jd dok dalam dewan siap lagi 1 set kertas di tanda .. tinggal 2 set lagi kertas nak ditanda .. mintak2 sempat siap sebelum pulang ke kg ye!

pukul 2.00 petang acara dilanjutkan dgn progam muhasabah diri ngan pakar motivasi yg terkenal gak le .. pasal klu kat pasir gudang ni ustaz ni memang popular.. org panggil dia ustaz rock .. Ustaz Muliadi ni selain baca dalil atau petikan ayat alquran dia turut selitkan lagu2 popular .. lagu faizal tahir pun ada .. wah tak sangka hebat btol ustaz ni .. dlm banyak sesi ceramah motivasi yg diadakan kat sek ni lah yg paling berkesan, bkn budak2 je yg menangis, cikgu pun sama bengkak2 mata .. hehehe..terpegun btol aku bila tengok cara ustaz ni .. memang berkesan btol cara pendekatan dia.. harap2 anak didik semua mendapat sesuatu sepanjang mengikuti program ni ..

Fasa ke 2 dan ke 3 akan dilaksanakan selepas cuti .. jadual makin penuh menjelang UPSR pada 13 september nanti , trial UPSR akan diadakan pada julai nanti .. risau memikirkan budak2 ni ..

esok ada kelas tambahan lagi dari pukul 8 sampai 12.. isnin barulah bole merancang perjalanan pulang ke kg .. pastinya anak2 buah ku sudah menunggu kepulangan ibu saudara nya yg comei nikan ???.. haahaha..

apa2 pun kerja harus disiapkan sebelum berangkat pulang !

Thursday, May 26, 2011

Berubah (OST Nora Elena)





gara2 drama ni .. ke hulu ke hilir aku mencari novel kasih yang suci
abislah .. bila penyakitku ini datang semula
memang suma keje tak jadilah..
sebagai pengubat hati kucapai jua karya Anis Ayuni
dan kusorok di dalam meja..


kerja harus diselesaikan kemudian barulah kamu berjimba!
huhu...

Sunday, May 22, 2011

Sayu!

Tetiba rasa sedih dan sayu..
ntahlah kenapa..
pertama 2 hari ni dok tengok kes tanah runtuh tu..
subahanallah ramai yg terkorban..
moga mereka semua ditempatkan di kalangan org yg beriman ..

sedih yg ke dua .. tak tau apa punca
kesedihan yg tak dapat diluahkan dgn kata
moga Allah sentiasa di sisi utk mengurangkan kesedihan ini..
hanya DIA yg memahami!

Thursday, May 19, 2011

Nur Kasih The Movie


nak g tengok .. tp takde sape yg nak teman
klu ada yg teman pun rasanya pikir banyak kali jugak nak keluar mlm2 macam ni
takpelah .. esok lusa klu ada masa dan RAJIN
aku pergilah ye!...

Wednesday, May 18, 2011

Alahai blog Chekkpah Rupanya!!

aduhai ini puteri buluh betong sudah pandai mau jadi blogger jugak ye!!
ini tak bole jadi ni!
den mesti buat aduan kat ibunda puteri buluh betong ..
ini kerana sudah pasti selepas ini puteri buluh betong makin liat nak buat keje!
gggrrrrrr.. pasti ibundanya akan murka!!
siap ko puteri buluh betong aka cik kepah ..
huhu!!!

Random

Sambutan Hari Guru
Sambutan kali ni tak semeriah seperti tahun2 lepas, acaranya biasa2 je.. tahun ni aku pun tak masuk acara sukaneka .. bukan apa penat tiap2 tahun melompat , thn ni aku tarik kerusi dok depan bilik kesihatan bergossip ngan akak2 senior sambil makan cup cakes yg budak2 bagi .. hehehe... diorg suma pelik selalunya memang payah nak nampak muka.. yelah selalu mana ada Niza Sani situlah adanya aku .. tahun ni den da malas , bagi peluang kat cikgu muda2 .. almaklumlah den cikgu senior .. heehhee senior le sagt weh baru masuk 3 tahun pun ...

tahun ni hadiah tak le banyak tahun lepas .. biasalah klu ajar thn 6 memang payahlah nak dapat .. cikgu pun bukan nak hadiah sgt pun asalkn korang rajin dan dengar cakap cikgu, cikgu da bole senyum sampai ke telinga ...

tp yg paling terharu , ada beberapa org budak 6C4 thn lepas yg bagi hadiah dan call aku wish Selamat Hari Guru .. alhamdulilah walaupun diorg da form 1 tapi masih ingt lagi pada cikgu .. terharu rasanya .. dan satu lagi budak2 thn 5 yg pernah aku ajar masa diorg thn 3 2009 pun ada yg cari aku bagi hadiah .. terharu!!...

apa2 pun cikgu tak mengharapkan hadiah pun ... cukuplah dengan ucapan dan doakan kesihatan,kesenangan , kebahagian dan kegembiraan cikgu!!


Jalan2 Melaka

Sempena cuti Wesak semalam , aku sempat meneman Niza pergi ke Melaka.. naik keta dia , klu naik keta aku memang aku pikir banyak kali nak drive .. g survey souveniar utk lawatan tahun 5 bulan 7 nanti .. tak jalan g mana pun g dataran pahlawan je .. tak sampai sejam pun kat melaka .. pastu balik .. kitaorg amik masa 6 jam dlm keta utk pergi dan balik dari melaka .. fuyooo mau patah pinggang tambah lak ngan cuaca yg panas .. pasal tu le mlm tadi belum pukul 9 aku da selamat tutup mata .. penat!!! .. nasib baik hari ni larat g sek .. hehehe...

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru!



biarku menjadi lilin,
memberikan cahaya,
terangi sekeliling,
dengan diri terbakar,
tak siapa yang sedar,
di saat kegelapan,
rela aku berkorban,
demi satu harapan...

biar masa berlari,
dan kau terus mendaki,
aku tenang disini,
dengan sabar menanti,
tanpa dendam dan benci,
andainya kau terjatuh,
terluka dan tersungkur,
ku rawat biar sembuh...

aku takkan bertanya,
apakah nanti balasannya,
setiap pengorbanan,
setiap pemberian,
demi satu ikatan...

keikhlasan di hati,
walaupun sering kau ragui,
pada suatu masa dan suatu ketika,
akan ketara jua...

biarku menjadi lilin,
memberikan cahaya,
saat kau kesepian,
saat kau kegelapan,
ku rela menerangkan,
aku senang begini,
dapat terus berbakti,
dengan cara sendiri...

Wednesday, May 11, 2011

Bikin Kecoh!

errmmm .. kadang2 aku tak paham dengan sikap sesetengah manusia ni .. mengapa terlalu mementingkan diri sendiri.. mengapa nak naik ke atas dengan cara memijak org lain .. kenapa nak canang satu dunia bahawa akulah manusia hebat .. tak sangka mende mcm ni bole berlaku kat sek ... itulah selagi nama manusia selagi tulah perkara mcm ni bole berlaku..

ingat isu yg berlaku semalam da setteld ..tp tidak masih kedengaran hari ni.. lantak pi lah malas nak amik port ... biarlah si luncai terjun dengan labunya!..

Selesai Sudah!

hati gundah gulana menjelang sambutan Hari Guru, bkn apa org suma sibuk da beli hadiah, aku je yg tak beli lagi.. seperti tahun2 yg lepas ada pertukaran hadiah antara guru.. nilaian RM 20 ke atas.. lega rasa pasal dpt cikgu pompuan jadi senang le kejenya..da siap beli hadiah, hadiah yg aku suka .. pasal apa???.. pasal ia tersangat le comei.. sekali pandang sudah jatuh cinta .. hehehe.. harap2 cikgu yg dapat hadiah ni akan bergembira seperti mana saya gembira .. hehehe...

Tuesday, May 10, 2011

Renungan!

╗♥q✿r♫m♥❤ TERISTIMEWA BUAT YANG DIUJI PERITNYA CINTA❤♥q✿r♫m♥
║║♫═╦╦╦╔╗
♫╚╣║║║║╔╣MENGAPA HARUS DINANTI SI DIA YG TELAH BERLALU PERGI??
╚═╩═╩♫╩═╝

......☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫

(¯`•.¸ღ Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah..Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai,itulah yang sukar diperolehi..

(¯`•.¸ღ Kadangkala,kita selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari..Seolah2 itu saja yang diminda tanpa memikirkan hal yang lebih penting dari soal hati..kita lemah dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah difikirkan sudah hilang.

(¯`•.¸ღ Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang2 boleh merosakkan jiwa kita..membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kuat dan tabah dalam meniti perjalanan hidup ini..Mana perginya satu azam yang kuat dulu..mana perginya janji kita yang mahu berjaya dalam hidup.
Kehidupan kita bukan semata-mata untuk bercinta,berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu..kadang kita harus tabah menerima suratan,orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita..Dan selalu saja kita merungut dan mengeluh mengenang nasib diri kerana apa yang kita mahu tidak diperolehi.

(¯`•.¸ღ Sedarkah kita,bukan semua yang kita mahu dan inginkan akan menjadi milik kita..Kerana kita punya usaha untuk memilih dan memiliki..Namun,sejauhmana kita meratap rayu untuk mejadi milik kita dan bukan hak kita,sampai bila2 pun takkan dapat melainkan dengan izinNya

(¯`•.¸ღ Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita,sudah tentunya kita akan perolehi.apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuanNya..Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya..Kita Cuma hamba Allah yang yang mana wajib mempercayai dan menerima rukun iman..

(¯`•.¸ღ Kadang kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita.sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu.Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu telah pudar..Tapi,kerana kesombongan diri kita atau tidak dapat menerima kenyataan,dan kita selalu saja menceriakan diri kita dengan pembohongan yang nyata.menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti.

(¯`•.¸ღ Itulah kita..selalu tertewas dengan bisikan halus menyedapkan hati kita.membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang.
Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata..cinta itu bukan milik kita lagi.cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta..sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati.tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita.sedangkan masa yg berlalu tidak akan menunggu kita..sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata,mambazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak dapat menerima hakikat.

(¯`•.¸ღ Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA..krn hakikatnya JODOH itu bkn ditangan mnusia..Ats kasih syg Allah jua kita bertemu dgnnya dan ats limpahan kasihNya jua kita dipisahkan b'sama HIKMAH yg t'sembunyi.
☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫

*Ihsan Realiti Alam Perkahwinan

Betapa Berharganya Diri Seorang Wanita.

❤¸¸.•*¨*•❤q❤r❤m❤•*¨*•.¸¸❤¸¸.•
*¨*••*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•
┊  ┊  ┊  ┊
┊  ┊  ┊  ★✿ Betapa Berharganya
┊  ┊  ☆ ♥ diri seorang WANITA!!
...┊  ★✿


ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ.•**•..ℒℴνℯ.•**•.❤q❤r❤m❤.•**•.ℒℴνℯ..•**•.ℒℴνℯ¸.•*´¨`*•.¸ℒℴνℯ

♥(¯`•.. Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

♥(¯`•.. Tuhan menjawab, "Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan."

♥(¯`•.. Malaikat menjawab dan takjub, "Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"

♥(¯`•.. Tuhan menjawab, "Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari."

♥(¯`•.. Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya, "Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

♥(¯`•.. Tuhan menjawab, "Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

♥(¯`•.. "Untuk apa???" tanya malaikat.

♥(¯`•.. Tuhan melanjutkan, "Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan dan kebanggaan serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki, ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita."

♥(¯`•.. Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri, dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.

♥(¯`•.. Dia berkorban demi orang yang dicintainya, dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

♥(¯`•.. Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

♥(¯`•.. Allah S.W.T berfirman:

♥(¯`•.. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

♥(¯`•.. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

♥(¯`•.. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

♥(¯`•.. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

♥(¯`•.. "Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

♥(¯`•.. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu."

♥(¯`•.. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

♥(¯`•.. "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

♥(¯`•.. "CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA, DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam...

*ihsan Realiti Alam Perkahwinan

Sunday, May 8, 2011

Spontan!

aduhai kadang2 kala reaksi spontan yg keluar tak dijangka
tetiba bole kuar takleh tarik balik da
rasa menyesal pulak
harap2 cik hsemate tak terasa
bkn tak suka , bkn nak sibuk
cuma nak bagi pandangan dan nasihat sahaja
tak nak apa yg dia lalui sebelum ni berulang lagi
apa2 pun aku doakan kebahagian dia

tp rasa mcm tak tenang je klu nak tak minta maaf.. huhu

Saya Sudah Sihat!

alhamdulillah hari ni aku da mula sihat
pagi tadi kol 7.30 masa nak kuar g tuisyen kepala pening2 lagi
sekali sampai je kat kelas terus rasa bersemangat .. haha.. yelah sesangat
sebenarnya aku terpaksa ganti si Fariz hari ni
selalunya kelas aku kol 8 sampai 9 je
ari ni terpaksa cover dia sampai pukul 10
last minit dia bgtau
tu pun lepas aku call dia tanya katne
sekali member kat melaka antor budak bowling
la pulak .. ingat dia da balik
tp takpe jugak .. minggu depan dia ambik kelas aku pulak

jadi minggu depan bolelah suruh mr xyz datang
pasang grill bahagian atas ni tak siap2 lagi
tuan rumah da 2,3 kali call
macam tak percaya lak dia kat kitaorg
sambil pasang grill mr xyz kata nak g beli sesuatu
sempena bulan 6 nanti
hahah.. apa ye??.. entahlah
den ikutkan aje

tapi kn dia tu cakap je nk dtg sampai masa
idak datangnya
asyik keje je
bila ditanya.
jawapan dia .. nanti mak,kakak dan abg aku tak percaya kat dia,klu dia tak rajin keje
errrmmm.. logik dak alasan dia???
logik jugak kot!

apa2 pun aku doakan dia selamat sentiasa!
Insya Allah!

Selamat Hari Ibu!

















saya sayang emak saya sangat2
moga saya diberi kesempatan untuk membahagiakan emak
walaupun tidak pernah diluahkan dengan kata2
tetapi dari sudut hati ini saya sayang emak
terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan saya
emak bersusah payah agar saya berjaya
saya sudah separuh jalan menyempurnakan impian emak
moga apa yg saya lakukan selama ini dapat membanggakan emak!

semoga emak dikurniakan kesihatan yg baik
walaupun saya jauh tetapi setiap detik saya akan mendoakan emak!

Thursday, May 5, 2011

Tragedi 6.30 pagi






mcm biasalah tepat pukul 6.30 pagi aku da kena kuar dr umah utk pergi sek,klu lambat nanti naik le nama kat softboard.. cikgu2 sesi pagi kena punch masuk sebelum pukul 7.00 pagi..bagi sape2 yg lambat hatta 7.01 pagi pun nama akan dinaikkan kat soft board kertas merah lagi tu ..GB kata merah itu tanda amaran!!.. huhu..setakat ni alhamdulilah tak pernah lagilah lambat .. biasalah aku da biasa apa2 mesti kena sampai awal..

nak jadi citer,dgn semangat yg semakin layu .. pasal hari ni rasa tak sihat.tanda2 ingin demam da menjelma ..da siap kunci pintu umah dan pintu pagar,aku pun tekan alarm keta ..sekali tak mau bunyi da.. banyak kali cuba..siap hentak2 kunci kat dinding lagi .. herrmmm marah sgt le tu ..pasal den takut lambat wei.. malangnya tak leh la bukak pulak .. nak guna kunci buka terus takut lak keta tu menjerit2 aku ni buta skit pasal keta ni .. buatnya dia menjerit butang mana le yg perlu aku tekan kan.. last2 call cikgu sek .. paksa dia masuk bestari perdana amik aku ..

balik sek terus g tukar bateri alarm keta .. sekali sampai umah sama jugak weh tak bole guna..memang confirm le bateri keta aku da tamat riwayat hidupnya.. terpaksalah tgu hsemate balik sek petang nanti nak g beli bateri keta..

pas magrib tadi hsemate antar g bacang .. nasib baik kedai tu bukak lagi .. kenalah RM200 utk tukar bateri tu .. aku ni tau keluar duit je .. cina tu cakap bateri yokohama ni bagus.. aku angguk jelah .. harap2 cina tak tipu aku .. pastu siap dia dtg umah pulak tu lagi pasang bateri tu,..

alhamdulilah keta aku berjaya dihidupkan kembali .. esok tak payah le aku nak memaksa org mengambil dan menjemput aku ... yahoo.. tunggu 2 tahun lagi nak tukar bateri baru .. huhu..

Wednesday, May 4, 2011

zOO jOhOr 2011





ari ni lawatan pembelajaran luar bilik darjah diadakan di Zoo Johor utk murid2 thn 6, 220 org murid dengan 22 org guru pengiring.. pukul 8.15 bertolak dari sekolah dengan menaiki 5 buah bas.. tapi yg disediakan oleh pihak Zoo Johor hanya muat utk murid2 je, jd terpaksalah cikgu berhimpit2 dgn budak .. ikut perbincangan ari tu satu bas bole muat 50 org penumpang .. tp biasalah .. thn lepas masa g lawatan utk Kelab Rukun Negara mcm ni jugak.. tp takpelah murid2 pun tak kisah nak berhimpit dgn cikgu..

pukul 9.30 da sampai ke Zoo Johor di JB ,, klu nak dibandingkan dengan thn lepas, thn ni da banyak perubahannya.. masih dlm proses pembinaan,kawasannya pun semakin bersih ..utk menampung kos nilah maka pihak Zoo berkerjasama dengan JPN Johor utk mengadakan program lawatan utk murid2 sek rendah ke Zoo ni..

da penat berjalan , dlm pukul 2.15 sampai ke sekolah semula, selepas edarkan makanan, budak2 suma balik .. sebelum pukul 3 da sampai umah .. nasib baik sempat dgn Marimar.. hehehe..

Monday, May 2, 2011

Moh Mandi Weh!


da dua ari Pasir Gudang hujan .. alhamdulilah selepas seminggu panas ..tp bila time ujan ni masalahnya sejuk pulak bila time nak mandi .. tapi walau macam mana pun den kena mandi.. mlm ni den ado tuisyen kat sekolah .. klu takde kelas mau pagi esok jelah den mandi!,, huhu..

Anak2 Siapakah Ini???..






ntah perangai sape le diikut tengah2 malam dok berbaris makan maggi!.. huhu..

Rindu!






rinduku sudah tidak tertahan pada DIA ..Aku tak senang duduk kerana DIA..kenapa DIA sahaja yg kudamba! tolonglah! Aku perlukan DIA! Ohhh Tidakkkk..Pasti tidurku tidak lena! :(...

Comei!



kepada Puan Sharifah :

nanti g Jalan TAR,, klu jumpa pin comei macam ni ,, tolong beli ye .. mesti cantik bila saya memakai shawl bila ada pin mcm ni .. pin ni cik hsemate punya dia beli kat internet.. saya nak jugakkkk!!!

Hasil Tuaian di Kota!






setelah berpenat lelah .. nilah antara hasil tuaiannya ... tp rasa mcm tak berbaloi je pergi pasal harganya mahal dari Ulu Tiram .. tak sama harga dengan cik hsemate beli .. tp sutera Brunei yg aku beli the latest punya pasal tu le rega dia mahal dari kat Tiram kot .. tp rasa puas hati pasal dapat mencari ikut selera org2 di sana.. klu tak kena mintak mahap lah ye.. harap raya mereka meriah dengan kain yg sy beli .. hahaha...

yg pertama utk ibu saudara tuan puteri buluh betong yg sgt comel, yg kedua utk tuan puteri buluh betong (sorry dayah..huhu) yg ketiga utk bonda tuan puteri buluh betong, dan yg keempat utk kekanda tuan puteri buluh betong itu..hehehe..